Wednesday 8 April 2015

Fakta Anatomi Ayam Serama terbaik

 

image

1. Kepala

A. Balung : terbahagi kepada 4 bahagian utama

i. Base - keras tetapi tidak tebal

ii. Tapak - bilah semakin menipis kearah bilah tetapi tegap dan tegak

iii. Bilah (sekurang-kurangnya 4-6 bilah)

iv. Kemudi/Layar – tidak cacat

* Balung yang standard, depan batangnya dan hujungnya halus dan semakin menebal di belakangnya.

 

B. Paruh :

- apabila paruh ditutup, mestilah tiada ruang yang nampak antara paruh bahagian atas dan bawahnya dan mestilah seimbang kiri dan kanan..

- Hendaklah mempunyai warna yang sama dengan kaki ayam.

 

C. Mata

- disekeliling dan lingkungan mata hendaklah kelihatan sihat dan bebas dari segala bentuk jelas ada tanda-tanda cacat atau bengkak.

 

D. Bentuk Kepala

- Secara keseluruhannya hendaklah sepadan dengan keseluruhan ayam dimana tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

 

E. Muka

- Hendaklah kelihatan merah dan tidak pucat serta kebiruan.

 

F. Eber

- kiri dan kanan eber harus lah sama rata dari segi saiz dan bentuk.

- Sebesar-besarnya hendaklah seperti saiz 20 sen atau kecil lagi mengambilkira keseluruhan besar balung dan saiz kepala.

 

2. Leher

- seimbang dengan saiz ayam.

 

3. Tubuh

image

- tubuh mestilah kelihatan V dan tiada pelana kuda.

image

- pada pandangan sisi dan hadapan tubuh mestilah tegak dan seperti jantung pisang.

- Tubuh dinilai bila ayam mempunyai dadanya. (Dada perkasa).

image

4. Ekor

- mestilah mempunyai bilah ekor ibu sekurang-kurangnya 6 bilah

- jenis-jenis ekor ayam serama ialah

i. ekor kipas

ii. ekor udang

iii. ekor sirih

iv. ekor sirih junjung

v. ekor selundang

- ekor juga harus terbuka sebanyak 45 darjah

- ekor bulu pengasuh tidak boleh melebihi ekor ibu

- mempunyai maksima 3 lapisan dan setiap satu tidak boleh melebihi lapisan yang lain dengan keadaan bulu mesti tegak serta sama di kiri dan kanan ekor.

image

5. Kaki

- terdiri dari 3 bahagian utama iaitu peha, betis, dan jari.

- sebaiknya warna kaki adalah sama dengan warna paruh.

- sisik yang jelas dan sihat

- jari yang mecukupi termasuk kuku

- taji ayam hendaklah lurus dan seimbang kiri dan kanan

- batang kaki juga haruslah halus dan sihat

- bentuk batang kaki juga harus bulat dan berkilat

 

image

6. Sayap

- mempunyai 3 bahagian utama

i. bahagian paling halus

ii. bahagian dalam (8-10 bilah)

iii. bahagian luar (8-15 bilah)

- sayap mestilah melepasi kedudukan kaki dan kearah depan, kemas serta tidak carik dan kotor

- sayap juga harus sepanjang sekurang-kurangnya lebih dari lutut dan tidaklah sehingga meleret di lantai

image

7. Lawi

- lawi terbaik adalah lawi pedang atau tombak yang sama panjang kiri dan kanan.

- mesti tidak melebihi 3.5 inci

- tidak boleh berpisah pada ekor ibu, selain haruslah dikedudukan sama pada pandangan sisi, depan atau belakang.

- apabila seekor ayam ada memiliki lawi maka secara amnya ayam tersebut mestilah mempunyai bulu pengasuh 3 lapis yang tegak dan sama jumlah serta panjangnya kiri dan kanan

image

8. Bulu

- 3 jenis bulu

i. bulu lambak (tebal)

ii. biasa

iii. jarum

- bulu ayam yang cantik mestilah dari jenis jarum dan rapat

- bulu peha mestilah penuh dan kemas

- bulu mestilah dilihat disemua tempat dan memenuhi semua kulit ayam

 

9. Warna

- warna  pada asasnya ialah:

i. Merah

ii. kuning

iii. Ara (hijau kelabu)

iv. Rinting 2 atau 3 warna

v. Putih

vi. Hitam

- warna meliputi semua se;uruh badan paruh dan kaki

- bulu tengkuk serta bulu rambai atau pelana

- batang bilah ekor ibu juga harus sama warna dengan warna asas sesekor ayam.

- warna terbaik adalah warna king. Warna King adalah warna yang sama dari tengkok sampai lah ke ekor.

 

10. Gaya

- Gaya ayam adalah di kira apabila ayam dalam kedudukan Lock, berkibas dan selam, jinjing, loncat, berkokok, melompat dan semasa ayam berjalan.

- ayam serama juga satu-satunya ayam yang suka bergaya di meja dan juga di nilai kecantikkannya atas gaya sombong, berlagak dan model ayam tersebut yang hanya ada pada ayam serama.

- cara ayam serama berdiri juga berbeza dengan ayam-ayam lain di dunia.

 

SMk

3 comments:

Serama Malaya said...

Mantap tuan... Terbaik penerangannya.

Serama Malaya said...
This comment has been removed by the author.
Serama Man k (SMk) said...

Alhamdulillah, ni lah hasilnya apabila perbincangan meja bulat di adakan dengan kehadiran beberapa persatuan yang sudi hadir dalam brain storming mempatenkan ayam serama Malaysia.

Yang sudi menghadirkan diri pada hari tersebut antaranya
DR Wazir - kedah
mahathir - perak
Rosli SAJ - Johor
Zam Subang - KL/Selangor
karim - Perlis
SMk - Pahang