Thursday 14 January 2016

Dana Pertandingan

Selalunya SMk hanya menjadi silent reader untuk satu group whatup ni, selalunya cerita adalah berdasarkan kepada penjualan ayam, ubat-ubatan dan sebagainya. Jadi SMk hanya memerhati sahaja. Tetapi apabila ada yang upload banner bon terdekat, maka adalah juga ahli didalam tu yang mula bertanya bab halal haram permainan dan pendaftaran mengunakan duit penyertaan sebagai hadiah dan sebagainya.

Pada pendapat SMk, mungkin dahulu sekitar zaman awal 2000 perkara ini berlaku. Tetapi sekarang sejak 2010 setahu SMk memang pihak yang terlibat dengan penganjur mempunyai dana yang mencukupi kerana di dokong oleh jabatan-jabatan seperti Pejabat Veterina Negeri dan pihak Tourism Negeri masing. Oleh itu jumlah dana tidak menjadi soal kerana semua diberikan atau disediakan oleh penganjur.

Namun, ada juga yang menyatakan bagaimana dengan bon kecil? Bukan kah tiada penganjur? Sebenarnya persoalan ini ditanya atas dasar pengalaman yang lepas. Untuk makluman jika bon besar hendak dijalanakan, pihak penganjur dan persatuan terlibat akan mengemukan kertas kerja khas. Ingat senang ke nak dapat duit ? mesti ada hitam putih. Maka sebagai contoh...

Dana dipohon RM25 ribu.
Kos operasi RM 18 ribu ke RM20 ribu (termasuk hadiah 1,2,3 dan 30% hadiah saguhati dan bonanza)
Jika game besar jumlah ayam biasanya dianggarkan paling kurang 300 ekor maka jumlah hadiah adalah sebanyak 90 ekor perlu disediakan. bukan digunakan duit penyertaan untuk digunakan sebagai hadiah.
maka ada baki RM 5 ribu

Setelah habis penganjuran pihak persatuan/pemganjur akan memperolehi
Baki dana RM5 ribu + jumlah pendaftaran peserta

Oleh itu duit yang diperolehi bolehlah dipusingkan semula untuk mengadakan bon kecil dikemudian hari, maka disini kita tidak mengunakan pun duit bayaran daftar penyertaan pada hari sebenar yang dikatakan istilah judi itu tadi. Maka disini kewarasan dan sikap positif itu perlu ada disamping ilmu semoga kita boleh terus mejayakan hobi kita selari mengikut panduan agama Islam yang kita sayang.

SMk


2 comments:

Serama Malaya said...

Amat jelas sekali penjelasannya.. Tahniah Abe Man..

Serama Man k (SMk) said...

hahaha.. maaf la kite membebel jap.. hahaha.. tp rasanya pembaca blog kwn ni cuma demo sore jah Serama Malaya... kikih