Wednesday 15 March 2017

Virus H5N1 di Kelantan









Seperti yang SMk sangka, pihak veterina akan bertindak pantas dan mengawal agar semua unggas dikawasan berkenaan dihapuskan. Sekatan juga telah dikuatkuasakan. Langkah ini amat baik bagi mengelakkan penularan penyakit ini.

SMk juga sepakat dengan beberapa peminat serama yang lain, agar bon-bon yang telah dijadualkan dalam tempoh terdekat ditunda sehingga penularan penyakit ini reda terlebih dahulu.

Walaupun seperti tahun 2004, punca penyakit ini adalah disebabkan oleh peminat ayam laga yang membawa masuk ayam dari thailand ke negara ini tanpa ubatan atau vaksinasi yang sepatutnya. Ini kerana pihak disana lebih mengunakan ubat-ubatan tempatan yang tidak disahkan secara klinikal oleh itu setiap ayam yang dibawa masuk dari sempadan memang diragui kesihatannya terutama dari segi vaksinasi. Oleh itu, tindakan kawalan disempadan sepatutnya diperketatkan bagi mengawal kemasukan ayam-ayam ini dari terus memasuki sempadan terutama Kelantan - Thailand.

SMk

No comments: