Thursday 22 June 2017

Persoalan Dunia Ayam Serama


Mula-mula sekali, SMk memohon maaf kerana lama tidak update blog ini dan mengenai tips berkenaan serama, malahan SMk juga tidak review update reban SMk dikampung. Ini kerana SMk lebih menumpukan kepada Ramadhan untuk tahun ini. 

SMk juga memohon maaf kepada sahabat-sahabat SMk yang memohon bantuan untuk repair dan sebagainya, kerana SMk lebih menumpukan kepada bulan Ramadhan sehingga meninggalkan banyak aktiviti rutin pada bulan lain. Insya Allah selepas Raya Aidilfitri, SMk akan aktif semula dalam dunia serama.

Bagaimanapun, ada beberapa persoalan atau topik yang dikemukakan oleh kawan-kawan SMk samada di Malaysia mahupun di luar Negara. Antara persoalan tersebut adalah seperti berikut:

1. Macam mana hendak mendapatkan ayam cantik yang bergaya?

2. Bagaimanakah caranya untuk memberikan lebih peluang kemenangan (atau lekat nombor) di bon atau pertandingan?

3. Permasalahan ubat-ubat ayam.

Untuk persoalan nombor satu, Macam manakah hendak mendapatkan ayam cantik yang bergaya? Jawapan SMk mudah saja. Ini kerana sifirnya mudah, cuma yang menjadi payah adalah kerana ego pemilik/breeder tersebut sahaja yang menjadi masalah utama. Ini kerana persoalan ini telah lama berlegar di dunia serama, malahan ada yang ditakuk permulaaan sampai hampir 10 tahun tetap sama dan tiada perubahan.

Nasihat atau jawapan SMk adalah, lihatlah kembali ke reban tuan-tuan. Jika masih mengunakan induk atau bapak yang memang dah nyata tak boleh menghasilkan ayam yang cantik dan bergaya kenapa perlu dikekalkan? Kenapa perlu habiskan masa sehingga 10 tahun? Sepatutnya pemilik lebih mengetahui. Ini kerana hanya dia saja tahu ayam mana yang dipasangkan/pair bagi mendapat hasil tertentu. Jangan hanya melihat kepada cantik, tubuh sahaja. Ini kerana ayam yang berperangai adalah merupakan ayam-ayam yang mempunyai sejarah darah atau ada pencapaian di arena pertandingan. Itu saja jawapan mudahnya. Walaupun pahit, itulah jawapannya. kalau tidak bergitu masakan player sanggup berabis duit dibon bagi mengejar anak-anak juara malahan bekas juara untuk dijadikan pembaka? Disitu telah menampakkan rahsia sebenarnya.

Untuk persoalan yang kedua, bagaimanakah caranya untuk memberikan lebih peluang kemenangan di bon ? 

Ini juga mudah, bagi SMk jawapannya ialah tumpukan kepada kemahuan aksesori dalam skima pertandingan. Janganlah main ayam cemar, sebolehnya main ayam satu warna. Bukan SMk menolak kecantikkan ayam berwarna warni? tidak, tetapi jika ikut skima pertandingan memang kenalah ikut skima dimana warna sebaiknya one colour. Sebab yang beri markah berdasarkan skima bukan berdasarkan hati kita. Jika kita rasa nak main cemar atau tak mahu ikut skima pertandingan, mudahnya belilah piala dan hadiahkan sahaja untuk diri sendiri, maka itu lebih baik. Jika ayam balung besar, sebaiknya cuba breed ayam yang lebih condong kepada balung mancis dan sebagainya. Maka terbukalah peluang untuk kehadapan.

Bab persoalan yang seterusnya, adalah bab ubat-ubatan ayam kita. Pada SMk, ubat yang digunakan mestilah mematuhi standard seperti berikut:

1. Mempunyai tarikh tamat tempoh yang nyata dan jika sudah luput hendaklah dilupuskan. Jika digunakan pastinya akan memberi risiko kepada ayam yang diternak.
2. Cara pengunaan ubat mestilah dinyatakan dengan tepat, jika ada tulisan lain seperti siam (SMK tak pandai baca tulisan Thailand) jadi memang SMk tidak akan mengunakannya.
3. Apabila botol ubat sudah dibuka, pastikan ubat disimpan mengikut aturan penyimpanan dan pengunaannya bagi megelakkan ubat menjadi rosak sebelum waktunya. Jika jenis kapsul pastikan botol tidak dimasuki angin dan disimpan pada suhu bilik bukannya atas reban diluar rumah.
4. Jika ubat hendak diberikan kepada ayam dalam jumlah banyak ekor, seperti ubat cacing, pastikan ubat tersebut diberi kepada seekor sahaja terlebih dahulu dan dibiarkan dalam tempoh 6 jam. Jika tiada effect baru diteruskan kepada ayam yang lain.
5. Ubat cacing mempunyai beberapa jenis, kebiasaannya ada 2 iaitu jenis ayam berpuasa atau ayam tidak payah dipuasakan. Ini juga memberi effect kepada kebekesanan ubat tersebut kepada ayam.
6. paling mustahak untuk dipatuhi adalah, dosage mestilah mengikut saiz dan berat ayam(umur). 

SMk

No comments: