Wednesday 16 August 2017

Pertandingan ayam serama dan perlaksanaannya


Pertandingan ayam serama selalunya dijalankan oleh pihak persatuan serama di Malaysia mengikut skema dan perundangan pihak persatuan masing-masing. Tetapi kebanyakkannya telah mengikut standard penganjuran di seluruh Malaysia, pihak penganjur akan melayan peserta sama rata tanpa mengira ahli atau bukan ahli kerana semuanya pada asasnya dinilai oleh pengadil yang bertugas yang dilantik.

Oleh itu, apabila peserta membayar yuran pertandingan dia mempunyai hak yang perlu dijaga oleh pihak penganjur atau persatuan yang menganjurkan pertandingan tersebut.

Sebagai contoh, untuk mendaftar dikategori mana itu adalah hak peserta tetapi perlu diingat, bagi menjaga peserta maka nasihat yang sewajarnya disediakan di meja daftar. Dimana jika ada keraguan samada pihak petugas daftar atau peserta mereka boleh bertanya kepada pengadil yang akan mengadili kategori yang hendak disertai oleh peserta tersebut untuk mendapat pengesahan.

Selalu yang menjadi salah faham sama ada dari pihak penganjur mahupun dipihak peserta adalah apabila markah yang diberi pengadil adalah sama pada skema keputusan yang dipaparkan. Apabila ini berlaku, kemenangan kedudukan akan dikira dari ruangan koloum dari kiri iaitu gaya, tubuh dan seterusnya hingga ke kanan untuk melihat perbezaan markah. Jika ada perbezaan didapati maka yang lebih itu akan dapat markah tertinggi. Jika terjadi semua sama dari kiri hingga ke kanan sampai warna, bulu, kaki sama malahan jumlah keseluruhan juga sama. Maka disini penimbangan akan dilakukan. Penimbangan dilakukan sebagai step paling akhir sekali jika semuanya sama.

Namun demikian, jika timbangan dilakukan juga didapati sama maka kedua-dua ayam yang sama ini akan dinaik atas meja satu-satu dan dinilai semula gaya dan tubuhnya. Tetapi kejadian seperti ini amat jarang sekali berlaku, kerana lazimnya setiap ekor ayam berbeza dan mempunyai ciri-ciri yang nyata berbeza.

Sungguh pelik jika ada penganjuran dilakukan dan jika sama markah, siapa yang daftar terlebih dahulu adalah dikira pemenang atau tertinggi matanya. Maka keputusan seperti ini sungguh dangkal sekali dan tidak berlaku adil kepada peserta yang telah membayar yuran. Tambah lagi jika nombor permulaan telah dikhususkan untuk peserta tertentu.

 Oleh itu, sebagai rujukan dan perundangan dalam permainan ayam serama,  jika ingin menganjurkan pertandingan, maka perlulah memahami dulu undang-undangnya. Jika hendak membuat undang-undang baru, sila nyatakan secara jelas didalam poster atau banner terlebih dahulu. Jika tidak dimaklumkan pada banner dan poster maka peserta mempunyai hak untuk mempertikai apa yang dirasakannya kurang jelas. Sesungguhnya apa yang dicatatkan didalam blog SMk adalah paduan yang terkini sehingga catatan ini ditulis dan dilakukan oleh seluruh persatuan serama yang berada di Malaysia. 

SMk

No comments: