Monday 27 November 2017

Personal View


Coretan di blog milik SMk ini adalah pandangan peribadi SMk selama bermain serama sejak 90an tetapi masa itu SMk tidak berblog cuma menyertai dunia forum-forum serama. Oleh kerana pada pagi ini SMk dikritik kerana pos SMk berkenaan satu pertandingan yang SMk sertai maka mengambil positif SMk mengeluarkan pos tersebut dari dilihat secara umum, walaupun pada perasaan dan kebebasan bersuara perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana pandangan yang dibuat SMk adalah pandangan peribadi selaku orang yang mengalaminya sendiri, tetapi nampaknya pandangan tersebut tidak dapat diterima oleh pihak-pihak tertentu.

Tidak mengapa, SMk selalu positif walaupun dimedia tertentu SMk pernah dikatakan tiada telur oleh pihak berkenaan kerana tidak menubuhkan persatuan atau menganjurkan pertandingan tetapi SMk tetap cool. Jika mereka yang terkena macam tu agaknya macam mana?

Selepas ini, SMk tidak akan review mana-mana topik berkenaan pihak tersebut. Positive.

Sebab itu jika kita tidak mahu orang mengkritik kita, kita jangan mengkritik orang terlebih dahulu atas apa jua motif. Tetapi sekali lagi SMk nyatakan dengan jelas, apa yang SMk coretkan diblog ini adalah pandangan peribadi SMk. 

SMk

No comments: