Saturday 14 April 2018

Anak Ayam Serama


Anak ini merupakan salah seekor anak kepada BlackRose BOTB yang berusia 13 hari pada video ini diambil. Cutingnya lebih mirip kepada cuting ibunya yang juga line yang sama dengan BlackRose. Anak-anak dari batch ini telah ditempah peminat sehinggakan 3 kali mengeram sudah dibayar(resiko telah diketahui peminat tersebut), ini kerana setiap tetasan jumlah dan kejadiannya adalah hak Allah S.W.T. Tetapi oleh kerana itu kemahuan mereka maka SMk ikutkan sahaja. Maka dari perjanjian 3 kali tetasan itu juga, SMk cuma boleh menyimpan sepasang sahaja anak dari batch tersebut. Ada juga yang mula bertanya tentang anak-anak batch ini, tetapi SMk terpaksa mengikut urutan booking (bayaran) terlebih dahulu.


Anak Fire seekor ini masih belum diberikan nama, buat masa sekarang makin sihat dan masih dibiarkan didalam batch asalnya kerana anak ini mengikut keturunan Fire yang ada yang mana pada pengalaman SMk agak bahaya diasingkan jika tidak mempunyai masa yang mencukupi kerana anak-anak ini akan datang perangai yang amat galak jika tiada teman.

Oleh itu, SMk memberi sedikit masa supaya bila tiba masanya SMk akan asingkan semuanya direban yang sesuai mengikut kategori dan keperluan.

SMk

No comments: