Monday 21 January 2019

Vaksinasi & Mesyuarat PKKASKS 1/2019


Semalam SMk telah melaksanakan vaksinasi bagi kali pertama tahun 2019, diikuti dengan Mesyuarat PKKASKS siri 01/2019.

Berberapa ketetapan telah dipersetujui oleh ahli yang hadir diantaranya ialah perancangan untuk mengadakan pertandingan Mega dan Bon biasa disamping penganjuran atau perjumpaan sukasuki. Fokus juga diberikan untuk merancang satu imej baru bagi pakaian ahli PKKASKS bagi tahun 2019.

Insya Allah, dalam tempoh yang terdekat SMk akan mengusahakan satu design untuk diwar-warkan kepada ahli untuk tujuan tempahan.



Mesyuarat kali ini juga memberi tumpuan kepada Mesyuarat Agung yang akan dijalankan pada 6 Februari 2019 bagi pemilihan AJK. 

SMk turut mengadakan sedikit jamuan pada hari tersebut dengan menu Nasi Minyak, Rendang Ayam kampung, Ayam Masak Merah dan Sayur kobis. Bagi pihak tuan rumah, SMk memohon maaf jika ada kekurangan atau kesilapan semasa menganjurkan mesyuarat tersebut. 

SMk juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli yang sudi menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini. Kehadiran sahabat-sahabat adalah amat dihargai. 

SMk

No comments: