Showing posts with label pertandingan ayam serama online. Show all posts
Showing posts with label pertandingan ayam serama online. Show all posts

Friday, 20 August 2021

Pertandingan Ayam Serama Online Siri 01/2021 Bagi Kategori Ayam A & B


 Alhamdulillah, pada minggu ini SMk berpeluang mengadakan satu pertandingan Ayam Serama Online untuk kali ini bagi Kategori Ayam A dan B. Semoga pertandingan ini dapat terus memeriahkan lagi suasana berserama disepanjang musim Covid 19 ini. 

SMk

Wednesday, 11 August 2021

Pra Pre Pertandingan Ayam Serama Online

 


Alhamdulillah, hari ini SMk sempat membuat satu content untuk akaun Youtube SMk. Content video kali ini adalah lebih kepada tips untuk peserta yang ingin menyertai pertandingan ayam serama online, dan juga apa yang perlu dilakukan untuk membuat video yang lebih baik. 

SMk

Monday, 2 August 2021

Tips Membuat Rakaman Video Pertandingan Ayam Serama Online


 Alhamdulillah, sambil menjawab persoalan dari sahabat SMk sambil itu juga kita buat sedikit rakaman video untuk rujukan sahabat yang berminat nak menyertai pertandingan ayam serama online. Semoga bermanfaat.

SMk

Wednesday, 28 July 2021

Intro Pertandingan Ayam Serama Onlline siri 01/2021

 


Alhamdulillah, SMk telah siap upload satu video intro sebagai promosi untuk pertandingan ayam serama online pada 2 minggu lagi lebih kurang. 



Untuk pertandingan kategori Ayam A/B kali ini SMk tidak akan mengambilkira markah bagi ruangan Warna dan Ekor untuk memberikan satu galakkan kepada peminat ayam serama untuk menyertai pertandingan pada kali ini.

Yuran SMk tidak kutip seperti biasa dan kali ini, SMk buka ruangan bagi mana-mana pihak untuk sponser pertandingan kali ini jika ada. Jika ada kita akan tambahkan lagi jumlah hadiah yang ada, atau kita boleh adakan satu cabutan bertuah untuk setiap peserta jika ada sponser. 

Semoga perjalanan pertandingan ini berjalan dengan lancar. Aamin. 

Sunday, 18 July 2021

Pertandingan Ayam Serama Online Anjuran Group Serama Utaqa Sempoi siri 01/2021

 Pihak Group Serama Utaqa Sempoi telah menghubungi SMk, dan menjemput SMk untuk menjadi pengadil bagi pertandingan yang mereka anjurkan. SMk bersetuju kerana ianya amat baik sekali bagi tujuan memperbanyakkan aktiviti berserama dimusim Pandemic Covid yang melanda negara ketika ini. Disamping, ianya turut boleh mempromosikan hobi ayam serama secara tidak langsung. 


Kategori Ayam Serama Remaja

Kategori Ayam Seramna Muda

Kategori Ayam Serama A&B

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur diatas usaha yang baik ini, dan juga tahniah kepada semua ahli Group Serama Utaqa Sempoi yang berusaha menjadikan pertandingan ini satu realiti. tahniah kepada pemenang dan semua yang terlibat. 

SMk

Monday, 5 April 2021

Pertandingan Ayam Serama Online 2021 kategori Remaja

 


Alhamdulillah, syukur diucapkan keatas kurniaan ilahi, SMk sempat mengadakan satu lagi pertandingan ayam serama secara online bagi episod 3 iaitu kategori ayam remaja. Semoga usaha yang sedikit ini dapat juga memberi impak pada dunia ayam serama amnya. Tahniah kepada semua peserta yang mengikuti pertandingan ini dan tahniah juga diucapkan kepada pemenang. 

Insya Allah jika diizinkan Allah kita akan berjumpa lagi dalam episod 4 iaitu kategori ayam Muda. 

SMk

Tuesday, 16 February 2021

Intro Pertandingan Ayam Serama Online 2021


 Alhamdulillah dipagi ini tadi SMk berkesempatan merakam video untuk sedikit Intro berkenaan Pertandingan Ayam Serama Online 2021 dan kemudiannya terus SMk edit dan upload di Youtube serta blog. 

Nama untuk pertandingan ini SMk belum fikirkan lagi, Insya Allah SMk akan fikirkan satu nama atau Tema yang SMk rasakan sesuai dan akan SMk masukkan kedalam poster Medsos dan juga untuk penyediaan Sijil nanti. 

Malam ini dan esok, SMk akan mula Design sijil untuk kegunaan Pertandingan ini nanti. Semoga segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan senantiasa dirahmati serta diberkati Allah. 

SMk

Tuesday, 19 May 2020

Pertandingan Ayam Serama Online

Beberapa hari ini, SMk dihubungi rakan-rakan FB untuk bertanya tentang Game Serama Online. SMk telah memaklumkan bahawa Siri 8/2020 telah tamat dan tiada lagi siri sambungannya selepas ini.


Namun, SMk telah memaklumkan bahawa ada beberapa pihak yang berhasrat untuk menganjurkan pertandingan ayam serama online selepas sambutan hari raya puasa nanti. Setakat ini, yang diketahui oleh SMk adalah satu persatuan ayam serama dan satu lagi oleh admin page jualan ayam serama.

Perancangan penganjuran pertandingan oleh pihak persatuan ayam serama tersebut lebih kepada mengikut prosedur standard penganjuran pertandingan ayam serama seperti yang SMk anjurkan, cuma ianya dikenakan bayaran yuran oleh pihak penganjur. Manakalapenganjuran yang dicadangkan oleh pihak admin page jualan ayam serama lebih kepada pertandingan open, dimana pemenang adalah berdasarkan kepada pilihan pengunjung laman page tersebut dan pemenang ditentukan oleh Like terbanyak yang diperolehi oleh peserta terbabit.

Makanya, pada hemat penganjur ianya lebih mengurangkan kontroversi dipihak pengadilan jika ada. Bagi SMk, apa pun cara yang digunapakai, SMk tetap memberikan sokongan. Ini kerana penganjuran pertandingan ayam serama diakui sebagai salah satu aktiviti yang pastinya menghangatkan senario semasa dunia ayam serama. seterusnya dapat merangsang ekonomi bagi dunia ayam serama. 

Namun semestinya, ada pihak yang kurang bersetuju dengan langkah penganjuran ini kerana kepentingan individu. Tetapi ini adalah usaha murni yang patut diberi ruang dan peluang agar lebih memberi impak yang positif semasa Covid-19 dan selepas hari raya puasa nanti. 

Tempoh masa untuk mengadakan pertandingan secara fizikal juga agak tidak menentu dimana aktiviti berkumpul mungkin hanya akan dibenarkan pada awal tahun hadapan. Oleh itu, bagi mengelakkan kesuraman kepada dunia serama, aktiviti berserama secara medsos ini amat positif sekali dan sepatutnya mendapat tempat dihati peminat ayam serama sendiri.

SMk

Sunday, 17 May 2020

Tips Untuk Pertandingan Ayam Serama ONLiNE


Ada beberapa tips untuk peserta yang menyertai pertandingan ayam serama secara online atau virtual game show bagi memaksimakan peluang untuk mendapatkan markah yang lebih. Tips adalah seperti berikut: 

a) Pastikan pengcahayaan yang baik, sebaiknya camera mestilah dibelakang cahaya matahari atau jika mengambil video didalam reban, pastikan lampu dibuka supaya ayam kelihatan lebih jelas.

b) kedudukan pengambil video mesti agak dekat atau frame video difokuskan sedikit kepada ayam, agar lebih jelas.

c) Camera juga mestilah tidak pegun disesuatu tempat, malahan mesti digerakkan dibeberapa sudut pandang agar ayam lebih jelas.

d) Persiapan ayam juga penting, contohnya balung ayam mestilah diminyakkan agar nampak lebih berkilat dan merah. Sebolehnya dielakkan penampakkan warna gelap atau kebiruan pada balung ayam yang hendak divideokan.

e) Secara keseluruhannya, ayam mestilah bulunya nampak rapat ke badan dan tidak berpintal, ditrim pada sebahagian yang dirasakan perlu tanpa merosakkan keseimbangan bulu ayam dan sehingga ternampak permukaan kulit maka dianggap tidak baik.

f) Sayap mestilah dilurut dengan baik, agar kelihatan hampir sekeping dan kemas.

g) Ekor mestilah penuh bilangan ekor ibunya dan sama panjang atau susunan sirih junjung bagi ayam yang matang.

h) Kaki mestilah tegak terutama semasa berdiri atau lock dan mesti bertaji bagi ayam kategori A/B dan ATL.

i) Dari segi gaya ayam, ayam mestilah beraksi dengan kibas dan lock dan berada dibeberapa tempat diatas meja (bergerak dan tidak kaku).

j) Video mestilah dalam format MP4 agar mudah dihantar mengunakan aplikasi whatapps atau diupload di FB.

k) jangan sesekali mengambil video ayam ditengah panas sehingga ayam nampak kehausan maka ini akan mengurangkan aksi ayam dari melakukan aksi yang lebih maksimum. 

l) Ayam sebaiknya diletak diatas meja dan bercarpet bagi memudahkan pergerakkan ayam dengan lebih selesa dan dapat beraksi dengan baik. 

m) Latarbelakang video sebaiknya juga hendaklah mengambilkira akan kebersihan dan sebagainya bagi memaparkan aura positif bagi peminat serama, ini kerana video pertandingan ayam serama akan dilihat oleh pelbagai orang dari pelbagai negara. Maka image positif perlu diambilkira pemilik ayam tersebut.

Sebegitulah serba sedikit tips yang boleh SMk kongsikan sejak menjadi pengadil dan penganjur pertandingan ayam serama online sejak dua menjak ini.

Semoga menjadi manfaat buat semua sahabat-sahabat peminat ayam serama. 

SMk

Saturday, 16 May 2020

International Ayam Serama Online Game Show


Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi, Game Online Ayam Serama telah dengan jayanya dianjurkan oleh SMk. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi memeriahkan suasana suram dikala negara dan dunia dilanda Covid-19. 

Sambutan pada mulanya agak sedikit dengan disertai oleh sahabat-sahabat peminat ayam serama yang mengenali SMk. Namun setelah beberapa siri pertandingan diadakan, peminat dari luar Malaysia turut serta mengikuti pertandingan yang diadakan ini. 

Peserta adalah terdiri dari pelbagai negara dan latarbelakang iaitu antaranya dari Malaysia sendiri, Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar, USA dan beberapa peminat dari negara Eropah.

SMk mendapat banyak pengalaman berharga sepanjang mennganjurkan pertandingan ini dengan tenaga kerja cuma SMk seorang diri. Pada mulanya memang agak mencabar, namun setelah melalui beberapa siri pertandingan, maka SMk sudah mulai mendapat rentak dan kerja pendaftaran, penilaian menjadi agak mudah dan senang dengan izin Allah s.w.t.

Semasa menganjurkan pertandingan ini juga SMk mendapat input positif dan tidak kurangnya negetif namun SMk selalu berpandangan jauh dan yakin terhadap apa yang SMk lakukan. Oleh itu, segalanya berjalan dengan baik. syukur Alhamdulillah.

SMk tidak dapat membuat semua video bagi siri terawal pertandingan kerana laptop SMk telah diformat kerana masalah teknikal. Bagi memudahkan proses pendaftaran dan penilaian, SMk telah membeli sebuah dekstop rig yang ditempat khas dengan Cip pemprosesan AMD iaitu Ryzen 3 bagi memudahkan ianya disambung kepada TV untuk mendapatkan paparan skrin yang lebih luas. SMk menyambung dekstop tersebut dengan HDMI kepada TV Samsung 32 inci dan dengan paparan tersebut, penilaian yang dijalankan dengan lebih baik. Alhamdulillah segala tugas dapat dijalankan dengan lebih baik ditambah lagi ianya memudahkan kerja video editing ringkas untuk diupload di Youtube.


Video pertandingan siri 04/2020. 



Video pertandingan siri terakhir iaitu siri 08/2020.

Tanpa SMk sedari, SMk telah menjadi pelopor kepada penganjuran pertandingan ayam serama secara online buat julung kalinya. Semoga semakin positif hendaknya.

Hadiah untuk peserta adalah sijil bagi tempat pertama hingga ketiga. Ini kerana pertandingan ini diadakan tanpa yuran dan lebih kepada untuk mengisi masa lapang dan melakukan aktiviti dirumah semasa Covid-19.



Semoga selepas ini, minat berserama terus maintain dan diterima oleh kebanyakan masyarakat setempat. 

SMk


Tuesday, 21 April 2020

Pertandingan Ayam Serama ONLiNE Filipina


Ulasan pengadil bagi pertandingan Ayam Serama ONLiNE Filipina yang berlangsung 20 April 2020. Alhamdulillah, SMk telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Semoga peminat disana terus maju jaya,. Aamin.

SMk

Saturday, 18 April 2020

Pertandingan Ayam Serama ONLiNE siri 4/2020


Pertandingan Ayam Serama Siri 4/2020 telah berjaya dianjurkan pada 16 April 2020. Alhamdulillah semakin mendapat sambutan dan lebih banyak peserta dari negara luar turut menyertainya. Otai Serama dari Malaysia telah mula turut serta dengan ayam berkualiti.

Setakat ini, SMk amat berpuasa hati dengan sambutan yang diberikan dan sedikit sebanyak dapat memeriahkan suasana berhobi ayam serama di musim PKP ini. Semoga bertambah peminat ayam serama yang akan mengikuti pertandingan ONLiNE ini.

SMk

Monday, 13 April 2020

Ada Pertanyaan Tentang Penganjuran Game Serama Online.


Ada beberapa pertanyaan dan cadangan kepada SMk berkenaan dengan bab penganjuran pertandingan ayam serama online yang SMk anjurkan pada setiap hari khamis di musim PKP ini.

Soalannya adalah seperti berikut :

1. Kenapa tidak ada hadiah?

2. Yuran kenapa tidak di kutip?

3. Kenapa game ini dianjurkan sebenarnya tuan?

Menjawab soalan diatas, SMk menjawab bergini...

Bagi soalan pertama, Hadiah tidak disediakan kerana tiada peruntukkan khas disediakan oleh mana-mana individu mahupun organisasi malahan persatuan serama. Ianya adalah adalah atas initiatif SMk sendiri yang tidak membabitkan mana-mana pihak lain. SMk menguruskan semua dari pendaftaran, penerimaan video, penilaian, perkiraan jumlah mata skema, dan pengumuman. 

Soalan kedua pula, semasa SMk mengumumkan untuk mengadakan pertandingan ONLINE pada mulanya SMk mengenakan bayaran RM5.00 namun sambutan amat kurang sehingga SMk akhirnya telah menukarkan syarat pertandingan dan tema pertandingan kepada satu pertandingan yang lebih santai tanpa yuran tanpa hadiah. Alasan yang dinyatakan peserta kebanyakkan adalah sukar untuk melakukan transaksi di mesin ATM walaupun bagi SMk, sebenarnya boleh sahaja kalau nak lakukan transaksi bank secara online. Namun, SMk lebih berfikiran terbuka dan tidak memikirkan perkara sebegitu sebagai masalah utama. Oleh itu, penganjuran secara happy-happy adalah jalan yang terbaik.

Untuk soalan ketiga, Pertandingan ini diadakan adalah supaya ianya dapat sedikit sebanyak membantu untuk memeriahkan hobi berserama dan bakal menjadi satu aktiviti bagi peminat serama sepanjang PKP yang tengah dikuatkuasakan pada ketika ini. Persiapan video memerlukan peserta berada dirumah masing-masing maka itu turut membantu peminat serama agar kekal dirumah.

Semoga dengan adanya usaha yang SMk lakukan ini, harapan SMk, kuranglah ayam-ayam game yang telah siap sebelum ini dari dijadikan pembaka reban atau jika tidak bernasib baik, disembelih pada musim ini. 

Semoga penyakit Covid 19 cepat hilang dari muka bumi ini, Aamin.

SMk