Wednesday 6 October 2021

Projek Fire 2021

 


Setelah berusaha beberapa kali, maka kali ini SMk telah mula melihat hasil breeding yang telah dilakukan dengan Induk dan Pembaka Muda yang ada direban SMk. Seperti yang SMk katakan sebelum ini, SMk akan lebih menumpukan kepada pengeluaran Produk SMk untuk digunapakai SMk untuk pertandingan kemungkinan tahun depan selepas Covid mulai reda. 

Buat masa ini, ada 2 lagi induk yang masih mengeram dengan diikuti oleh 4 ekor induk yang tengah bertelur. Projek kali ini akan mengutamakan aksesori dan cuting disamping upgrade watak yang sedia ada. SMk akan biarkan anak-anak projek kali ini bersama dengan ibunya untuk tempoh masa sehingga 4 minggu sahaja. selepas itu, SMk akan mula mengasingkan anak kali ini untuk latihan dan tapisan. 

Bilik yang kosong yang sedia ada adalah amat sesuai untuk melatih ayam serama yang membesar nanti. Apa yang penting adalah agar SMk terus fokus dan berserah kepada Allah.. Insya Allah segala usaha ini pasti ada kejayaannya. Apa yang penting adalah usaha dan bersemangat. 

SMk

No comments: