Sunday 31 December 2023

 


Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semua sahabat terutama pengunjung setia laman SMk. Mulai esok, maka berlabuhlah tirai bagi tahun 2023 dan kita melangkah ke Tahun Baru 2024. Banyak suka duka sepanjang tahun 2023 yang kita boleh ambil ibrah atau iktibar bagi kita meneruskan perjalanan kehidupan kita di tahun seeterusnya.

Sepanjang Tahun 2023, bagi reban SMk sendiri. Dikala kesibukan ber NGO, SMk sempat meneruskan projek mencari pelapis pembaka dan ianya berhasil dimana SMk dapat mengekalkan darah SG, Line Fire, Line DirtyRyan, Line Godic, Line Meng, Pok Mang dan beberapa lagi yang lain. Projek ini berjaya kebanyakkannya dengan bantuan pengunaan Inkubator. Namun, sayangnya Inkubator SMk telah tidak dapat digunakan lagi dan terpaksa digugurkan dari senarai aset reban pada pertengahan Oktober yang lalu. Secara kesimpaulannya, untuk reban SMk, SMk masih mengekalkan darah yang ada walaupun jumlah ayam direban tidaklah banyak sperti dahulu.

Dari Segi Pengadilan pula, SMk telah meneruskan amanah sebagai seorang pengadil yang bertauliah dengan semampunya dan telah terlibat dengan pelbagai pertandingan diperingkat Sarawak, Malaysia dan USA serta Sepanyol dan Eropah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 

Untuk pelapis pengadil, agak sukar di Sarawak kerana jumlah pertandingan dan peminat yang hadir ke bon masih kurang. Penambahannya peminat sebenarnya agak meriah dan boleh dikatakan ada, cumanya kehadiran peminat baru ke bon masih kurang dan kebanyakkan kehadiran atau peminat yang menyokong bon adalah terdiri dari kelompok yang sama. Semoga ada perubahan yang positif bagi tahun mendatang hendaknya.

Kualiti Ayam serama dibon boleh dikatakan agak stagnent bukan kerana kekurangan ayam game, tetapi kerana kekurangan kemahiran peserta dalam menyiapkan ayam serama mereka untuk pertandingan yang masih agak kurang kemas. Skill ini perlu ditambahbaik lagi untuk peningkatan pertandingan yang lebih sihat.

Tahun 2023 juga telah menyedarkan SMk, bahawa rakan kita yang ada tidak semuanya akan setia dan kekal bersama kita sebagai sahabat, walaupun sebaik mana kita terhadap mereka, ini kerana setiap insan mempunyai misi dan visi peribadi masing-masing yang tersendiri. Oleh itu, SMk lebih relax dan layan hobi mengikut cara yang SMk rasakan bersesuaian dengan diri. Asalkan SMk tidak menganiaya atau menzalimi sahabat terutama dalam persahabatan dan tidak akan sesekali meninggalkan sahabat dikala susah apatah lagi dikala senang. Nilai adik beradik lebih SMk utamakan dari kepentingan peribadi diri. 

Untuk Persatuan, awal tahun ini SMk akan terus mengemaskini dokumentasi persatuan agar menepati kehendak ROS dan mematuhinya supaya persatuan tetap positif dilandasan yang betul. Namun, untuk menjayakan event berpersatuan memerlukan tenaga dan masa oleh itu, setelah membuat kajiselidik mengenai Takwim Awal tahun 2024, SMk berasa sebaiknya persatuan memberikan fokus kepada pertandingan selepas Raya Aidilfitri nanti. Agar ahli lebih bersedia dan bersemangat.

Semalam juga, SMk ada ke reban seorang sahabat SMk dan SMk mendapati reban beliau sangat positif. Semua anak A dan B malahan seekor Remaja Ara mempunyai kualiti pertandingan. Ianya mengingatkan kembali kenangan semasa SMk menjadi seorang player suatu ketika dulu. Boleh dikatakan 89% anak rebannya menepati ayam game dan mempunyai potensi yang besar. Semoga beliau diberi kejayaan pada tahun 2024 nanti.

Untuk reban SMk bagi tahun 2024 nanti, SMk akan fokus kepada pembaka Godic dan pembaka Line Ryan dan Fire untuk mengeluarkan anak-anak reban berkualiti game. Disamping itu juga SMk ada 2 line baharu yang akan diberi tumpuan juga tetapi untuk fasa kedua 2024 nanti dimana ayam-ayam tersebut akan matang dan boleh diketengahkan untuk projek 2024-2025.

Akhir sekali, SMk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2024 dan semoga 2023 yang berlalu menjadi panduan kepada kita agar kita lebih mengenali dunia disekeliling kita seadanya semoga kita semua senantiasa dirahmati dan dilindungi Allah dunia akhirat. Aamin.

SMk


No comments: