Alhamdulillah, hari ini SMk berpeluang menjawab soalan peminat ayam serama berkenaan tajuk Kalsium untuk ayam serama, semoga ianya bermanfaat untuk peminat ayam serama.
SMk telah menerima cenderahati dari sahabat SMk Victor Leones dan Group Espana Serama dari Sepanyol. Sangat menarik dan berprestige. Ini akan menjadi satu kenangan yang sukar SMk lupakan dan akan menjadi satu kenangan manis yang tetap dalam ingatan SMk selama-lamanya.
Terima kasih SMK ucapkan, SMk sangat mengahargainya.
Alhamdulillah Induk SG SMk telah menetas pada pagi tadi dengan tiga ekor anak berjaya menetas dengan baik. SMk telah memindahkan family ini kebilik brooder untuk penjagaan seterusnya. Semoga membesar dengan baik dan menjadi pelapis untuk reban SMk dimasa akan datang.
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi, Game Online Ayam Serama telah dengan jayanya dianjurkan oleh SMk. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi memeriahkan suasana suram dikala negara dan dunia dilanda Covid-19.
Sambutan pada mulanya agak sedikit dengan disertai oleh sahabat-sahabat peminat ayam serama yang mengenali SMk. Namun setelah beberapa siri pertandingan diadakan, peminat dari luar Malaysia turut serta mengikuti pertandingan yang diadakan ini.
Peserta adalah terdiri dari pelbagai negara dan latarbelakang iaitu antaranya dari Malaysia sendiri, Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar, USA dan beberapa peminat dari negara Eropah.
SMk mendapat banyak pengalaman berharga sepanjang mennganjurkan pertandingan ini dengan tenaga kerja cuma SMk seorang diri. Pada mulanya memang agak mencabar, namun setelah melalui beberapa siri pertandingan, maka SMk sudah mulai mendapat rentak dan kerja pendaftaran, penilaian menjadi agak mudah dan senang dengan izin Allah s.w.t.
Semasa menganjurkan pertandingan ini juga SMk mendapat input positif dan tidak kurangnya negetif namun SMk selalu berpandangan jauh dan yakin terhadap apa yang SMk lakukan. Oleh itu, segalanya berjalan dengan baik. syukur Alhamdulillah.
SMk tidak dapat membuat semua video bagi siri terawal pertandingan kerana laptop SMk telah diformat kerana masalah teknikal. Bagi memudahkan proses pendaftaran dan penilaian, SMk telah membeli sebuah dekstop rig yang ditempat khas dengan Cip pemprosesan AMD iaitu Ryzen 3 bagi memudahkan ianya disambung kepada TV untuk mendapatkan paparan skrin yang lebih luas. SMk menyambung dekstop tersebut dengan HDMI kepada TV Samsung 32 inci dan dengan paparan tersebut, penilaian yang dijalankan dengan lebih baik. Alhamdulillah segala tugas dapat dijalankan dengan lebih baik ditambah lagi ianya memudahkan kerja video editing ringkas untuk diupload di Youtube.
Video pertandingan siri 04/2020.
Video pertandingan siri terakhir iaitu siri 08/2020.
Tanpa SMk sedari, SMk telah menjadi pelopor kepada penganjuran pertandingan ayam serama secara online buat julung kalinya. Semoga semakin positif hendaknya.
Hadiah untuk peserta adalah sijil bagi tempat pertama hingga ketiga. Ini kerana pertandingan ini diadakan tanpa yuran dan lebih kepada untuk mengisi masa lapang dan melakukan aktiviti dirumah semasa Covid-19.
Semoga selepas ini, minat berserama terus maintain dan diterima oleh kebanyakan masyarakat setempat.
Syukur Alhamdulillah, hari ke 9 Syawal induk ViraChoca telah menetas dengan 3 ekor anak. Seekor lebih kepada kelabu manakala yang dua ekor lagi lebih kepada Fire.
Ini merupakan batch tetasan kedua bagi ViraChoca di Sarawak. Batch anaknya pertama, 2 ekor tina telah masuk anak C dan merupakan harapan bagi mengekalkan line Fire Pure 3.0 di Sarawak. Kedua tina tersebut sangat positif dari segi balung, bulu yang rapat, dan aksesori yang amat memberangsangkan.
Semoga anak bagi tetasan kedua ini juga turut positif.
Kebersihan reban adalah sesuatu yan amat perlu ititik beratkan bagi menjaga bukan sahaja kebersihan sekitar, malahan juga bagi menyumbang kepada persekitaran yang kondusif kepada reban seterusnya memberi pontensi ayam yang sihat dan cergas.
Tips kali ini adalah bagi reban jenis berlaci. Selamat menonton.
Syukur alhamdulillah, kali ini induk yang memang dipairkan khas dengan BOTB Sadong Jaya telah menurunkan anaknya juga. Nampaknya bagi penggal ini, lebih meriahlah reban SMk dengan anak-anak reban yang boleh diasuh untuk hadir ke bon.
Walaupun SMk sendiri tidaklah mementingkan bon buat masa ini, namun bagi SMk kualiti ayam yang hadir untuk pertandingan juga perlu diperkasakan supaya tidaklah apabila tiba acara BOTB para peserta bertepuk bertempik hingga merah tangan tapi reaksi ayam agak suram. Situasi bergini agak janggal namun perlu sentiasa dielakkan agar prestige acara BOTB itu kekal dengan ayam yang benar layak bagi acara tersebut.
Apa yang penting, gambungan asuhan dan baka amat penting dalam melahirkan ayam-ayam yang mempunyai perangai ganas dimeja. Ayam serama satu-satunya ayam yang dinilai dari segi gaya(watak) diatas meja dan bukan hanya kecantikan semata-mata. Ini yang perlu diutamakan oleh semua peminat, player malahan breeder yang ada.
Video ini diupload bagi menjawab beberapa persoalan dari sahabat-sahabat baru SMk diFB. Semoga dengan adanya jawapan ini telah membantu mereka yang masih keliru dengan kegiatan SMk.
Sepasang ayam berdarah ara telah SMk bawakan masuk ke reban baru SMk. Ayam ini kedua-duanya mempunyai darah selam yang amat baik untuk pertandingan dan juga untuk breeding. Buat masa ini, pasangan ini akan ditempatkan dibilik isolasi untuk vaksin dan ubat cacing.
Sejak mengunakan Sistem Dual Style Breeding (Inkubator/Induk), SMk banyak mengunakan lampu untuk kegunaan inkubator SMk. Lampu yang SMk gunakan untuk inkubator yang ada sekarang adalah mengunakan 2 lampu dengan kuasa 40 watt. Pagi semalam, SMk telah membeli sebanyak 20 biji lampu untuk dijadikan available stok direban SMk.
Setelah diwarnai dengan warna basic tema SMk iaitu oren dan kuning, pengisian ayam berpasangan telah dilakukan. Kali ini lebih sistematik dengan setiap pasangan akan dikekalkan pintunya dan direkod setiap hasil dari pintu tersebut.
Insya Allah pemantauan secara rapi akan dilakukan bagi memastikan pasangan yang mengeluarkan hasil positif akan dibeei keutamaan dalam breeding. Buat masa sekarang, tina muda dan induk diasing masih disimpan didalam sangkar bagi persediaan breeding yang berikutnya.
Assalamualaikum, sahabat2 rakan2 adik2 abg2. Saya SMk @ Man K, mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesempatan dan peluang yg diberikan semasa menumpang di negeri Tok Gajah mencari rezeki terutama dlm bidang atau hobi berserama disana.
Sepanjang berserama dinegeri Tok Gajah, byk pahit manis yg telah dilalui. Namun nilai2 persahabatan dan sokongan sahabat2 terutamanya Abe Sedi, Cj, Apis Pasir Mas, Zack Zacarea, Rizal Fahamee Sairudin, jo kempadang, jo temerloh, syam, aziq, alang, dan semua ahli KSK amat saya hargai. Semoga terus kekal bersahabat hendaknya.
Saya doakan agar semangat berserama terus marak meriah di sana. Terima kasih kerana memberi peluang kpd saya utk turut mewarnai hobi berserama disana selama ini, pastinya ianya akan kekal dlm ingatan saya.
Dengan ini bermakna saya secara rasminya berpindah ke Sarawak kerana isteri saya telah dapat posting ke Sarawak. Bagaimana pun, jika ada jodoh pasti kita akan bersua muka kembali kerana hobi berserama tetap saya julang selamanya. 😊👌.
Akhirkata, saya mohon maaf beribu ampun, jika ada tersalah silap dan kelakuan sepanjang berada dikuantan/Pahang amnya, saya mohon dimaafkan dihalalkan makan minum dan segala gurau senda jika ada yg tersimpan dihati.
Jika ada sahabat2 ke Kuching nanti, hello2 lah saya, pastinya saya akan menyambut sahabat2 dgn sebaik yg mungkin. 👌😊
Ini adalah teknik yang SMk gunakan dari tahun 2008 sehingga kini, dan akan diteruskan dengan Medhod B pada tahun hadapan. Perkara pokok sebagai seorang breeder adalah kesabaran dalam menghasilkan ayam serama yang diimpikan.
Jika kita tertib dan disiplin pasti kejayaan akan hadir setelah usaha yang dilakukan. Usaha dan doa adalah tangga menuju kejayaan. Semoga dipermudahkan Allah. Amin.
Alhamdulillah masih rezeki Smk diberi rezeki dengan FireOwl dan FireAlpha. FireOwl masih dalam kategori Anak A yang bakal siap untuk Game Kedah pada 21 Mei 2016 nanti. FireAlpha tak pasti, tetapi kita lihat nanti pada timbangannya pada 21hb. Kerana berat dan kategori sekarang adalah anak A siap dengan berat cuma 70gram sahaja.
Insya Allah mengikut perancangan, Smk sekali lagi akan memimpin satu rombongan bagi mewakili PSTG ke game Kedah nanti. Sebenarnya Smk tidak menaruh sebarang harapan tetapi bagi Smk, ini lah peluang yang ada untuk Smk test anak reban 2016 ini dimeja game dan dinilaikan olehkan pengadil-pengadil dari utara.
Smk mempunyai lebih kurang 2 minggu masa untuk mensiapkan ayam-ayam Smk dan milik sahabat-sahabat PSTG. Rasanya sekurang-kurangnya mungkin 5 ekor penyertaan.
Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Amin.
Persediaan untuk memulakan projek 2016 telah SMk mulakan dengan membeli inkubator dengan saudara Syafik dari negeri sembilan. Walaupun untuk permulaan ini SMk cuma mengunakan inkubator jenis manual tetapi insya Allah jika ada pertambahan budget nanti SMk akan upgrade inkubator yang ada itu dengan tambahan satu lagi inkubator automatik. Harga inkubator manual adalah $200 dan tambahan sebanyak $60 untuk kos penghantaran terus ke Kuching, Sarawak.
Selain itu, SMk juga telah berjaya mendapatkan Wrapping Bubble Plastic sebanyak 10 meter dengan kos $2.80 semeter. Keseluruhannya untuk wrapping bubble adalah $28.
Insya Allah esok lusa, SMk akan mendapatkan info bagi kos penghantaran termasuk mengunakan kotak Pos Laju.
Esok lusa juga SMk akan cuba mendapatkan Plastic Sealant di kuantan bagi tujuan packing. Setiap step pembungkusan akan didokumentasikan dan di upload pada blog Serama MalaysiaKu.
Sayangnya bulu dada yang setelah dibaiki masih pendek dan tidak sama rata. Jika tidak memang pasti boleh di bawa untuk pertandingan ayam serama di Kenyir untuk Raja Serama.
Tapi takpalah, janji sihat dan boleh menjadi pelapis pembaka.
Update terkini anak-anak projek hujung tahun. Hasilnya 2 jantan dan 1 tina.
Masih dalam proses menunggu, adakah akan hadir warrior merah dalam kelompok kecil ini. Setakat ini boleh dikatakan anak ini masih dominan warna kuning.
Setiap anak Patinggan akan mengunakan nama Flash jadi 2 jantan ini akan pastinya diberikan nama yang agak hampir antara satu antara yang lain.
Dari segi cutting? Rasanya masih terlalu awal untuk sebarang kesimpulan dilakukan, namun setakat ini boleh dikatakan agak positif.
Semoga terus sihat dan sehingga menjadi bapak dan ibu reban insya Allah.