Sunday 12 October 2014

Ekor Senget

Dalam dunia serama adalah biasa seekor ayam serama untuk ekornya senget atau belok. Jika tidak dirawat maka akan berlarutan sehingga sampai keadaan chasis lari dan tuku lari. Jika sampai tahap ini.. agak sukar untuk diperbetulkan.

Cara yang selalu dilakukan adalah dengan melakukan tambat atau menjahit secara mengikat agar ekor tidak belok. Ada juga dengan pengunaan penyepit kertas atau dibasah sebelah ekor namun cara ini memerlukan seseorang yang mempunyai banyak masa untuk meneliti dan mengawasi perkembangannya.

Maka penyelesaian yang selalu di lakukan adalah dengan pembedahan kecil iaitu dengan membuang sedikit kulit pada bahagian bawah atau tepi ekor ayam serama. Namun saya nasihatkan operasi ini perlu dilakukan oleh seseorang yang benar-benar pakar dan mempunyai kelengkapan yang cukup.

2014-10-12 17.07.52

20141012_214442

contoh sebahagian peralatan yang diperlukan seperti pada gambar di atas.

Mula-mula ikat kaki dengan tali kasut jika ada kerana tali ini lembut dan tidak merosakkan sisik serta kaki ayam yang dirawat.

received_344548439060322.jpeg

Lakukan penandaan di bahagian kulit yang hendak di buang.

received_344548339060332.jpeg

Kemudian buang kulit tersebut.

received_344549532393546.jpeg

selepas itu dijahit, disini teknik jahitan amat perlu supaya benang tidak timbul, jika timbul ayam akan mematuk benang yang nampak dan jahitan mudah terbuka semula.

received_344550272393472.jpegreceived_344551399060026.jpeg

received_344547692393730.jpeg

Setelah siap di jahit dan kemudian beri 1/4 panadol untuk ayam tersebut.

Namun kadang-kadang bagi ekor seekor ayam yang betul-betul senget akan memerlukan beberapa prosedur operasi bagi membolehkan ayam tersebut kembali normal.

p/s: Sebaiknya jumpa pada yang pakar untuk sebarang pembaikpulihan ayam anda.

Pakar yang saya kenal benar PRO.. adalah Abe suh area kota bharu manakala Abg Wan B area KL/Selangor.

2 comments:

Unknown said...

bang kalau ayam teleng ada ubat atau cara nak sembuh kan?

Serama Man k (SMk) said...

@ Farid Rosli

ada beberapa faktor yang menyebabkan ayam jadi teleng. Antara punca adalah ayam selam yang memang secara genetik tetapi telah diurut secara berlebihan supaya selam.Namun ada juga yam yang lari chasis dan kaki senget yang menjadi teleng juga.

Jadi untuk jawapan, ada 1 cara iaitu melalui teknik urutan sambil di tuam dengan air panas seperti rawatan Fisioterapi. Tetapi harus diingat kejayaan adalah 50/50. Ada yang berjaya ada yang tidak. Tiada ubatan yang dapat membantu dalam membantu ayam teleng supaya menjadi sediakala semuala.

harap boleh menjawap pertanyaan tuan yang bertanya.