Sunday 5 October 2014

Update Baka Reban

Ayam ni asalnya reban SMk, tetapi sekarang telah berkembang biak disebuah rumah sahabat iaitu Mohd Saufi (FB). Asal Ibunya adalah SG Mat yus manakala bapaknya SG ekor kelabu Lee Daging yang diberikan oleh seorang sahabat. Namun atas sebab yang tidak diketahui pembaka itu minta dikembalikan, katanya nak beli semula pun takpa. Tapi atas sifat kita yang tidak mahu mencari masalah. Pembaka itu telah kita hantar kembali. Semoga dapat mengelakkan persengketaan.

Alhamdulillah apabila induk tersebut menetas maka dapatlah hasilnya seekor anak tina yang kemudian dijual kepada Mohd Saiful (FB) dari Sri Damai. Anak ini pernah SMk bawa ke Bon Penang dengan mendapat point yang baik juga.Tapi baka ni memang panas agaknya maka akhirnya berakhirlah di reban Mohd Saufi.

Kemudian induk ini telah dikawinkan dengan pejantan yang Mohd Saufi beli dari Mulut Puaka (FB) dan akhirnya maka jadilah hasil ayam ini (gambar di bawah).

2014-10-02 18.27.212014-10-02 18.26.58

Inilah anak tunggal tersebut, anak tina. Namun disudut hati kita gembira, walaupun sebenarnya kita merajuk sedikit kerana asal ceritanya yang agak kurang sedap di alami oleh SMk sendiri.

Oleh itu mulai saat itu saya hanya membeli dan mengunakan anak reban sendiri dalam pembiakan di reban SMk. Ada yang teman-teman seperjuangan beri pada saya tetap saya terima namun kebanyakkannya saya beri semula kepada peminat baru sebagai hadiah dan saguhati lambang perkenalan. Malahan ada yang SMk beli demi persahabatan juga saya beri dengan ikhlas sebagai tanda penghargaan persahabatan. Supaya orang baru tidak pula menerima nasib yang sama.

Namun alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, rezeki SMk semakin bertambah baik setelah peristiwa tersebut.

SMk

No comments: