Thursday 17 September 2015

FireSharp + Misz Momoku

image

Baru bertelur 2 biji semalam, kalau ada rezeki pastinya akan bertambah lagi hari ini. Hasilnya nanti jika berjaya akan menjawab persoalan samada FireSharp masih membawa genetik warna kuning, merah atau coklat atau terus ke warna Ara.

Kita lihat bagaimana hasilnya, kerana jika hendak meneruskan FireSharp sebagai Pembaka II dan seterusnya menjadi Pembaka I menganti bapanya maka FireSharp juga harus membawa genetik kuning supaya dapat mengekalkan penyertaan anak reban SMk di pertandingan kecantikan ayam serama di serata Malaysia.

Persediaan juga perlu SMk lakukan bagi penyediaan anak-anak reban yang kekal darah pure SMk sendiri bagi membawa projek ini ke Sarawak kemungkinan besarnya pada hujung tahun hadapan atau selewat-lewatnya bulan Julai atau Ogos 2017 nanti.

Sesungguhnya, menjadi impian besar buat SMk sendiri supaya dapat mengekalkan line yang ada sekarang sebagai pemangkin untuk adunan dan ramuan yang akan dibreed secara besar-besaran di Sarawak pada masa akan datang.

SMk

4 comments:

Serama Malaya said...

Mantapp... Sarawak tanah luas boleh wat reban besar-besaran.. memang terbaikkk.. Semoga berjaya sahabatku

Serama Man k (SMk) said...

Mmg luas boh, tapi tanahnya mahal.. kite modal dok besar mane. 😂

Serama Man k (SMk) said...

Mmg luas boh, tapi tanahnya mahal.. kite modal dok besar mane. 😂

Serama Malaya said...

Susah juga tu, tapi takpelah pelan2 kayuh.. semoga berjaya.