Saturday 5 September 2015

Induk telur lekat



Setelah lama tak mengalami masalah telur lekat dalam perut induk tak keluar-keluar rasanya yang ni dah lebih dari 3 hari. Walaupun induk ini pernah bertelur dan turun anak sebelum ni.

Oleh yang demikian SMk terpaksa mengunakan teknik rawatan yang pernah dipelajari dari Allahyarham datuk dikampung dulu semasa SMk berumur dalam sekitar 10 atau 11 tahun dahulu. Tekniknya mudah, suapkan minyak bijan pada induk sekerap-kerapnya 6 jam sekali sehingga telur keluar dengan sendiri.

Alhamdulillah, pagi ni induk bertelur semula seperti biasa. Syukur alhamdulillah. Semoga dipermudahkan untuk telur seterusnya. Amin.

SMk

No comments: