Monday 13 June 2016

Setem Ayam Serama

Gambar calon pemilihan tersebut SMk masukkan didalam video ini bagi memudahkan rekod dimasa akan datang.

Semalam petang SMk telah dihubungi pihak yang terbabit dengan Proposal untuk membuat Setem Ayam Serama bagi keluaran 2016/2017. Oleh itu tanpa membuang masa kerana dengan niat membantu pihak terbabit SMk telah menghubungi beberapa breeder dan Otai dalam dunia serama bagi mendapatkan gambar ayam-ayam yang dicadangkan untuk tujuan melukis semula bagi paparan pada skala setem mengikut spesifikasi Pos Malaysia.

Syarat utama pihak terbabit adalah gambar setiap ayam tersebut mestilah mempunyai gambar dari anak sehingga dewasa. Apabila melihat kepada syarat yang dinyatakan dan apabila ditanya kepada breeder dan player serama didapati kebanyakkan ayam BOTB di Malaysia tidak memiliki gambar dari anak dan jika ada kebanyakkannya tidak disimpan rapi. Juga kebanyakkan ayam BOTB rupanya adalah ayam yang bertukar tangan (dibeli) oleh itu rekod dari masa anak tiada dalam pemilikan pemilik baru.

Bagaimanapun bagi mencapai misi ini, SMk telah menghubungi breeder dan Otai yang SMk rasa agak cermat dan menyimpan rekod bergambar, walaupun ada juga yang tidak memberi maklumbalas. Ini mungkin kerana kekangan waktu kerana dibulan Ramadhan ini tidak semua orang aktif seperti biasa kerana lebih menumpukan ibadah dimalam hari. Akhirnya SMk telah mendapat beberapa jawapan yang positif untuk mendapatkan gambar bagi tujuan projek.

Mereka terdiri daripada Man Rst (Ayam Mantera), Abe Lan SPDP (Godic / Kun / Rose), Sirhan (Baka Kelabu), Rodi (Rinting) dan Fire (SMk). Namun pemilihan ayam mana yang akan digambarkan sebagai ilustrasi setem adalah terpulang kepada keputusan pihak berkenaan. SMk cuma menbantu dengan niat hati ikhlas tanpa sebarang pendapatan atau kelebihan dari segi wang atau imbuhan.

Oleh itu sebagai panduan masa hadapan, adalah baiknya setiap breeder menyimpan rekod bertulis atau album untuk setiap ayam yang dibiak masing-masing kerana pada masa hadapan kita mungkin memerlukan banyak data untuk ayam serama yang telah kita biak. Insya Allah jika ada keputusannya SMk akan maklumkan kepada semua melalui blog SMk. 

p/s : SMk telah menghantar email bagi tujuan jawapan dan cadangan gambar ayam untuk dilukiskan semula pada jam 4 pagi tadi. 

SMk

3 comments:

Serama Malaya said...

Ayam kita taknak ke abe man.. Tapi kita takda ayam BOTB...hahahaha

Serama Man k (SMk) said...

kite msg kat FB, tapi SM tak balas pun msg kite.. huhu

Serama Malaya said...

Minta maaf la Abe Man...Lama tak bukak FB. Sibuk sangat sekarang ni. Lagipun kita takda gambar dari anak ke dewasa sebab masa anak ayam belunjur sakan lagi.. Bila dah nampak kating lawa baru kita ambil gambar selalunya...huhuhuhu