Showing posts with label serama malaysia. Show all posts
Showing posts with label serama malaysia. Show all posts

Saturday, 11 July 2020

Pertanyaan tentang Saiz Reban Ayam Serama


Alhamdulillah, pagi ini SMk berpeluang menjawab soalan sahabat peminat ayam serama, berkenaan "saiz reban yang sesuai untuk ayam serama'. Walaupun soalan ini telah dijawab sebelum ini diblog SMk, namun dengan berulangnya soalan sebegini, maka sebaiknya SMk jawab dengan video agar mudah untuk diakses dimasa hadapan. 

Semoga bermanfaat untuk peminat ayam serama amnya. Insya Allah SMk akn cuba menjawab soalan lain yang dilontarkan kepada SMk. 

SMk

Saturday, 13 June 2020

Pengunaan Racun Lalat direban SMk


Sebenarnya direban SMk, untuk ayam serama, ianya tidak ada masalah dengan kehadiran lalat. Namun, apabila SMk mula memelihara ayam Siam direban SMk dan mengunakan sangkar terbuka maka lalat mula ada dan bertambah jika tidak dikawal.

Ini kerana, ayam serama SMk diberi minuman baja haiwan dan reban almari ayam serama juga adalah jenis bertutup maka ianya dapat menghindarkan kehadiran lalat. Bagi mengawal kehadiran lalat maka SMk mengunakan racun seperti dipaparkan dalam video diatas. Semoga ianya juga turut bermanfaat kepada semua peminat serama dan juga peminat unggas diluar sana. 

SMk

Saturday, 6 June 2020

FireRentaka


FireRentaka juga SMk jadikan sebagai pembaka bagi mengimbangi jumlah pembaka aktif direban SMk bagi tahun 2020. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik dengan pasangan yang dimasukkan juga jenis yang tidak melawan pembaka dan memang telah siap untuk breeding. 

Semoga dalam tempoh sebulan dua akan datang, SMk akan dapat melihat hasil dari pasangan ini untuk menilai dan membuat tapisan kepada kualiti anak-anaknya. Line ini SMk masih tidak cross dan masih mengekalkan teknik inbreed bagi mengekalkan line Fire yang ada padanya. 

SMk

Friday, 5 June 2020

Tikus


Reban ayam merupakan satu tempat yang mudah diserang atau mengalami masalah kehadiran tikus yang banyak jika tidak dikawal. Ini kerana saki baki makanan ayam boleh menarik deria tikus dan menyebabkan tikus mudah datang ke reban terutama musim lembab atau hujan.

Kehadiran tikus direban ayam, terutama reban ayam serama adalah amat berbahaya dan kritikal. Ini kerana tikus yang extrim akan menyerang ayam serama dan akan makan isi dalaman ayam secara berkumpulan sehingga ayam serama mati kesakitan tanpa dapat melawan. 

Bagi reban SMk, pengawalan ini dilakukan dengan mengunakan racun tikus yang SMk perolehi dikedai hardware berdekatan dengan kediaman SMk. Ubat ini sangat berkesan bagi menarik tikus supaya memakannya, kerana gabungan isi kandung umpan racun tikus ini terdiri dari jagung iaitu salah satu sumber makanan yang selalu dijumpai direban ayam. Oleh itu, tikus tidak akan melepaskan peluang untuk memakan racun ini kerana dianggap sebagai makanan iaitu jagung direban. 


Sepanjang minggu ini SMk telah mengunakan racun ini direban, kebekesanannya amat positif dimana setiap hari SMk akan menjumpai tikus yang mati dipesekitaran reban. Ubat ini juga sangat tahan lama, walaupun terdedah dan diletakkan diruangan yang terbuka. Maka pengunaan racun ini amat memudahkan penguna dan senang untuk maintenance reban. 


Ini antara tikus yang SMk jumpa direban pagi tadi, semasa memberi makan ayam serama direban SMk. Ada bermacam-macam jenis racun yang ada diluar sana, tetapi bagi SMk racun jenis ini sangat sesuai bagi SMk kerana tidak merbahaya untuk haiwan lain seperti burung dan sebagainya. Lagipun kita cuma hendak mengawal kehadiran tikus liar oleh itu memang ubat ini paling sesuai. 

SMk

Sunday, 31 May 2020

Soalan Peminat Ayam Serama


Hari ini SMk menerima dua soalan dari peminat serama berkenaan dengan masalah kesihatan ayam serama. Soalan tersebut adalah seperti berikut :

1. Bagaimanakan merawat ayam yang mempunyai masalah puru dalam leher ayam? 

Bagi masalah ini, pertama sekali bersihkan mulut dan kerongkong ayam dengan bulu ekor ayam dengan air bersih. Cuba keluarkan sebanyak mungkin saki baki makanan atau apa saja yang terlekat didalam kerongkong atau leher ayam tersebut. Seterusnya ambil sedikit halia dan kunyit hidup, ditumbuk keduanya, diambil sekali dengan air hasil dari tumbukan tadi, digumpal kecil dimasukkan kedalam leher ayam. Setelah dimasukkan, apabila telah ditelan ayam, gosok pelahan leher ayam tersebut pelahan-lahan agar sebatian tadi menyerap kepada seluruh kerongkongnya dan mestilah diulangi 2 kali setiap hari sehingga sembuh. Biasanya, selepas dua hari, ayam akan mulai menunjukan keadaan yang positif. Jika dalam tempoh ini, ayam menjadi tidak berselera untuk makan, maka suaplah ayam tersebut dengan pisang sehingga ayam tersebut berselera semula untuk makan seperti biasa.

2. Apakah teknik terbaik bagi merawat ayam teleng? 

SMk menyarankan rawatan atau teknik mestilah mengikut tahap umur dan kesesuaian semasa bagi seekor ayam. Ini kerana jika ayam tersebut telah tua dan isinya telah keras, maka agak sukar untuk disembuhkan. 

Jika ayam telah dewasa, masukkan ayam tersebut bersama-sama banyak ayam bertina lain atau ayam lain dalam 3 atau 4 ekor agar ayam kembali aktif dan dapat mengurangkan tabiatnya dengan cenderung ke arah melihat satu arah. Boleh juga diletakkan tali berwarna terang di sebelah pangkal sayap berlawanan dengan teleng ayam tersebut. 

Manakala bagi ayam yang masih muda, anak C  dan remaja SMk lebih suka menyarankan agar ayam diurut dengan span basah bersama-sama air suam. Cara mengurutnya adalah seperti video dibawah. 


SMk


Thursday, 28 May 2020

Induk Fire


Alhamdulillah, petang ni SMk agak free sedikit dan sempat mengambil video induk serama untuk mewakili SMk dalam pertandingan Online anjuran pihak FB Ayam Serama. Walaupun, ayam ini belum siap sepenuhnya, namun sebagai tanda sokongan SMk kepada industri ayam serama Malaysia, maka SMk tetap menghantar wakil.

Sambil melayan lagu-lagu bob marley, SMk edit sedikit video ini untuk blog dan youtube SMk. Semoga keindahan dapat dinikmati bersama, keindahan ayam serama akan bertambah indah kepada peminat yang menghargai dan menikmatinya.

Ini adalah betina last yang ada untuk batch ini yang akan SMk gunakan sebagai salah satu induk reban SMk insya Allah. Semoga usaha ini dipermudahkan Allah. Aamin.

SMk

Tuesday, 26 May 2020

Induk Serama Menetas


Alhamdulillah, rezeki hari raya kedua. Ada dua ekor anak serama telah menetas dari induk line Fire. Nampaknya nanti sebelah petang nanti SMk akan alihkan induk dan anak-anak ini ke bilik reban asuhan supaya mereka lebih selesa. Cuma kene tunggu anak-anaknya kering, rasanya tak lama mana.

Semoga membesar dengan baik dan menjadi johan direban SMk. 

Aamin.

Tuesday, 2 April 2019

Induk Reban Menetas




Semalam tiga ekor induk reban menetas dengan membawa anak-anak dari line 69, line Fire dan line Pok Syed. Semoga anak-anak kali ini banyak jantan dan membesar hingga dewasa dengan baik dan sihat.

SMk

KingOne


Remaja ini SMk namakan mulai hari ini dengan nama KingOne, semoga dengan nama ini akan lebih menyerlahkan lagi potensi remaja ini. Pada hemat SMk, remaja ini akan lebih ready apabila siap remaja sepenuhnya iaitu hujung bulan April ini. 

Sekarang, ayam ini dalam proses didikan dan penjagaan yang rapi bagi menyiapkannya untuk menjadi seekor remaja yang berpeluang besar jika dibawa ke bon tanpa sebarang potongan markah kepada aksesori seboleh-bolehnya. 

Diet ayam ini juga dijaga dengan teliti dengan suppliment yang berjadual dan rapi. Apa yang penting adalah ayam ini akan SMk kekalkan direban SMk sebagai pelapis pembaka suatu masa nanti.

SMk

Thursday, 23 August 2018

FireKencana


FireKencana semakin sembuh dan setakat ini mungkin boleh dilatih sehingga menjadi seekor pembaka yang baik.


SMk akan bagi masa kepada ayam ini untuk dilatih sehingga pertengahan September atau sehingga hujung bln tersebut. Selepas itu, SMk akan cuba pairkan dengan induk tua  yang ada bagi membolehkannya belajar breeding. 

SMk

Wednesday, 4 July 2018

Tetasan inkubator



Hari ini bermula tetasan inkubator bagi line BOTB Sadong Jaya. Batch ini adalah merupakan batch ke6 bagi reban SMk di Kuching Sarawak. Setelah menetas semuanya nanti, termasuk induk yang tengah mengeram, jumlah tetasan akan menentukan samada anak-anak ini nanti akan kekal direban atau akan dilepaskan untuk jualan sebahagiannya.

Ini kerana direban SMk ini, peratusan tetasan setiap bloodline akan menentukan jumlah yang akan disimpan. Jika banyak untuk setiap batch barulah dilepaskan jika tidak ianya hanya akan dikekalkan sebagai pelapis reban.

Tuesday, 6 March 2018

Pil cacing



Stok ubat cacing yang SMk gunakan untuk direban SMk telah sampai. Stok ubat ini tidak selalu banyak tetapi sesuai dengan pengunaannya untuk ayam jantan iaitu sebiji bagi tempoh 6 bulan. Manakala boleh diberi kepada induk yang lepas mengeram, lepas bawa anak dan sebagainya.

Induk yang telah diberi pil ini akan mudah mencapai berat dan siap untuk proses breeding dengan lebih cepat. 2 3 minggu setelah memakan ubat ini, induk tersebut akan mula nampak lebih sihat, muka lebih merah dan berat yang agak sesuai untuk pembiakkan. Pada waktu ini juga, induk tersebut akan mula mengalami bulu jatuh dan bertukar bulu dengan cepat. Selepas itu selang 2 minggu, induk tersebut boleh dimasukkan dengan pejantan.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan ubat cacing jenis ini, boleh whatapps SMk di talian 013-7706010. Insya Allah SMk alan membantu sebaiknya.

SMk

Monday, 8 January 2018

Persiapan Induk Breeding



Setelah diasing selama 1 bulan, induk reban ini akan SMk masukkan dengan Pembaka Reban SMk pada lewat petang nanti. Penjagaan induk reban adalah sesuatu yang amat SMk jaga dengan teliti sejak dari dahulu.

Setiap breeder mempunyai cara sendiri dalam breeding program, tidak ada yang benar atau salah caranya kerana ayam masing-masing telah sesuai dengan cara penjagaan direban masing-masing.

Induk reban SMk memang dijaga dengan teliti dari segi makanan, vitamin dan makanan tambahan sejak beberapa fasa iaitu sebelum dimasukkan dengan pejantan, semasa dengan pejantan, semasa bertelur, mengeram, menetas dan membawa anak.

Peringkat fasa tertentu, induk ini akan diberi makanan mengikut fasa tersebut agar kesihatan induk reban SMk didalam kondisi yang terbaik. Ini kerana faktor kesihatan induk reban juga membawa kepada anak-anak yang sihat.

Anak-anak potensi selam dari baka-baka tertentu amat memerlukan ramuan makanan yang terbaik untuk mengelakkan masalah struktur tubuh kepada anak-anak tersebut.

SMk

Thursday, 4 May 2017

Teknik Jualan

Baru-baru ini, oleh kerana SMk telah tiada ayam di Kuantan maka SMk mula melihat-lihat hobi lain yang boleh SMk ceburi sebelum berhijrah ke Sarawak dalam 2 atau 3 bulan nanti. Maka SMk telah melihat-lihat diFB hobi seperti ikan hiasan kerana SMk juga mempunyai pengalaman dalam dunia ikan hiasan sebelum ini.

Semasa melihat-lihat di FB SMk dapati cara jualan ikan hiasan seperti ikan Betta mempunyai cara yang cukup menarik. Disamping dijual secara personal melalui pm SMk dapati breeder dan player ikan Betta juga mengadakan Bidding untuk jualan bagi menaikkan harga ikan-ikan mereka. Cara ini SMk dapati amat baik jika boleh dipraktikan kepada Ayam Serama.

Namun bagaikan kejutan, ada juga pada hari ini cara jualan melalui bidding dilakukan oleh penjual serama pada hari ini juga. Mungkin kebetulan..



Tetapi pada SMk ini adalah satu cara yang amat baik dan kalau boleh diteruskan dengan meluas digroup jualan ayam serama yang lainnya. Agar jualan sebegini dapat menaikkan harga ayam serama yang selama ini dikatakan agar merudum walaupun sebenarnya SMk kurang bersetuju. Sebab pada SMk, jualan adalah terpulang kepada si penjual meletakkan berapa pun harganya. Kerana hanya penjual mempunyai hak mutlak keatas barang-barangnya.

Jika pembeli berminat dan merasakan harga tersebut tinggi maka, sipembeli juga boleh membuat penawaran. Maka masing-masing mempunyai hak keatas ayam dan duit masing-masing.

Sebagai rumusan, SMk berharap cara bidding dapat digunapakai untuk penjualan serama selepas ini dan digunapakai secara meluas. Semoga harga ayam serama dan permintaan terhadapnya akan terus meningkat.

SMk

Monday, 24 April 2017

Pertandingan Ayam Serama di Balai Ringin, Serian, Sarawak


Alhamdulillah, Game PKKASK dengan anjuran komuniti setempat telah menjayakan satu pertandingan Ayam Serama di Balai Ringin pada 22 April 2017. Peserta adalah terdiri dari peminat-peminat ayam serama sekitar Kuching, Serian dan Sri Aman. Acara ini turut menjadi kenangan apabila Deputy Chief Minister YB TAN SRI DATUK AMAR DR. JAMES JEMUT ANAK MASING dan YB. ENCIK SNOWDAN LAWAN turut melawat ke khemah pertandingan Ayam Serama.




Walaupun pertandingan pertandingan ini beskala kecil, namun dari segi penganjurannya ianya telah berjaya menarik minat bukan sahaja peminat ayam serama tetapi juga turut menarik minat penduduk setempat dan seterusnya dapat mempromosikan hobi ayam serama sebagai salah satu sukan rakyat di Sarawak.




Senarai Pemenang adalah seperti berikut :


Ayam A

1. Pak ya
2. Paul
3. Paul



Ayam B
1. Ibi
2. Hafizan
3. Tay


ATL
1. Paul
2. Yusuf
3. Aren


Betina
1. Aren
2. Paul
3. Tay


Anak B
1. Pak ya
2. Yusof
3. Ibi


Raja Kibas 
Paul


Tahniah kepada semua pemenang, kepada yang tidak berjaya boleh mencuba lagi dimasa akan datang. Semoga dengan kekerapan anjuran pertandingan oleh pihak PKKASK terus menyemarakkan lagi Pertandingan Ayam Serama dan terus menjadi salah satu sukan rakyat yang diminati.

SMk

Sunday, 9 April 2017

Coretan seminggu SMk

Ada beberapa topik hangat sepanjang minggu ini yang menarik perhatian SMk. Antara tajuknya untuk SeramaMania ialah:

1. JualBeli Ayam Serama
2. Tamatnya H5N1 di Kelantan
3. Jumlah Pertandingan Ayam Serama 2017

JualBeli Ayam Serama

Merujuk perkara tajuk, apa yang SMk ingin katakan sebagai  rujukkan kita bersama jika kita sebagai Pembeli, Pastikan beberapa berikut:

a) Trusted Seller - Pastikan tuan-tuan berurusan hanya dengan penjual yang diyakini jujur dan cemerlang didalam urusan jualbeli. Jangan terlalu ghairah menyertai mana-mana group jualbeli tanpa mengetahui terlebih dahulu setiap bakal penjual didalam sesuatu group. Kenal pasti, jika was-was bertanyalah kepada rakan-rakan yang telah lama didalam dunia serama. Pasti ada yang boleh membantu anda. Bertanyalah mengenai cara pembayaran, gambar ayam dan video yang diberikan. Seboleh-bolehnya jika urusan bernilai K, jika kita tidak boleh hadir melihat ayam sendiri, pastikan didalam video semasa ayam yang dirakan ada dua view dimana view pertama dalam video ayam mesti atas meja dan tiada ayam lain yang berdekatan dan view kedua ayam kelihatan dengan jelas (dekat/zoom) supaya boleh melihat dengan jelas setiap aksesori ayam yang divideokan.

 b) Untuk urusan kali pertama dengan penjual atau pembeli kedua-dua pihak janganlah delete segala perbincangan jual beli dan mesti disimpan sehingga selesai urusan bagi kemudahan dimasa hadapan.

c) Apabila ayam dihantar pastikan bas atau penghantaran adalah betul dari lokasi seperti yang diperbincangkan, seboleh-bolehnya tiada istilah orang tengah. Pastikan juga kita menelefon pemandu bas sebelum waktu ketibaan diterminal agar ayam dapat diterima pada waktu yang tepat. Setelah menerima ayam, Ambil gambar kotak, ayam yang diterima dan maklumkan kepada penjual. Ketika ini pastikan kondisi ayam adalah dalam keadaan baik dan seperti yang telah dipersetujui bersama. Jika tiada masalah selepas tempoh 24 jam dikira jualbeli berlaku dengan baik. Jika ada masalah atau apa-apa berkaitan urusniaga termasuk ayam yang diterima, pembeli haruslah mengemukakan sebarang masalah/aduan kepada penjual secepat yang mungkin dan dalam tempoh masa 24 jam. Ini adalah tanggungjawab pihak pembeli 100% dalam memastikan segalanya baik. Jika selepas itu dikuatiri boleh membawa kepada pertelingkahan dan menjadi punca kepada urusniaga yang gagal.

d) Setelah ayam ditangan pembeli, tidak mengira dari mana asal rebannya, ayam-ayam ini adalah hakmilik si pembeli kerana tiada ikatan perjanjian selepas itu. Jika ada update dari pembeli kepada penjual, itu adalah atas pembinaan persahabatan anatara keduanya. Jika ayam pada pembeli dibreed dan berjaya dimana-mana bon atau menjadi cantik seharusnya itu adalah rezeki si pembeli dan usahanya manakala si penjual yang telah menjual dengan menerima akad jualbeli telah terputus dari kaitan dengan apa yang telah pembeli usahakan. Tetapi jika pembeli ikhlas mengaitkan penjual dengan pencapaian rebannya itu adalah bonus kepada penjual. Tetapi penjual tidak boleh sesekali memaksa si pembeli mengenai pencapaian pembeli ada kaitan dengannya keran telah ada akadjual beli.

Bergitu juga jika ayam yang dibeli tidak menjadi, itu merupakan atas usaha pembeli sendiri dan pembeli atau penjual tidak boleh sesekali menyalahkan satu antara lain dalam urusniaga yang telah lepas berlalu. Semestinya kalau cantik banyak yang moral rendah akan mudah mengambil kesempatan mengatakan itu asal dari rebannya, tetapi seperti lazimnya manusia kalau tak cantik adakah penjual yang akan mengakuinya? jawapannya anda pembaca juga pasti sudah mengetahuinya.

Akhir sekali, setiap peminat serama harus berhati-hati didalam menyatakan pandangan masing-masing dimedia sosial kerana ramai yang melihat dan membacanya. Juga kepada yang membaca jangan mudah tersinggung kerana perkara sebegini boleh jadi ditujukan kepada orang tertentu sahaja. Oleh itu SMk sarankan, jika ada masalah tertentu haruslah kita usahakan menyelesaikannya dengan cara bersemuka jika boleh. Jika tidak boleh maka kita memerlukan orang tengah bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut sebelum tindakan yang lebih aktif seperti laporan polis, saman malu dan sebagainya dilakukan.

Tamatnya H5N1 di Kelantan bagi tahun 2017

Semalam peminat Ayam Serama Kelantan telah mengadakan Pertandingan Selepas H5N1 dan ianya merupakan satu tindakan proaktif yang amat positif didalam menguatkan kembali industri serama di negeri asalnya. SMk turut bergembira dengan perkembangan terkini kerana ianya membantu momentum perkembangan lebih manpan industri Serama bagi tahun 2017 ini.

SMk turut melihat kerjasama antara peminat serama di Kelantan dalam meyemarakkan pertandingan ini menrupakan satu nilai semangat kerjasama yang amat kuat dan bagus sekali. 

Jumlah Pertandingan Ayam serama 2017 

Setakat coretan ini sebanyak 19 Pertandingan Ayam Serama telah dirancangkan dan dari jumlah itu sebanyak 12 Pertandingan telah berjaya dilaksanakan. Sebagai rujukan jumlah pertandingan bagi tahun 2016 adalah sebanyak 23 Pertandingan yang dirancangkan dan cuma satu pertandingan telah dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. 

Maka dengan merujuk pencapaian penganjuran pertandingan setakat ini, SMk mendapati tahun 2017 sebenarnya bakal menjadi lebih meriah dengan penganjuran pertandingan ayam serama berbanding 23 penganjuran pertandingan pada tahun lepas. 

ini adalah sesuatu yang amat positif sekali, terutama melihatkan kepada perkembangan penganjuran pertandingan ayam serama di sarawak kerana dalam tempoh bulan April ini telah 2 Bon dilaksanakan dan 1 lagi bon pada penghujung April turut akan dilangsungkan. Insya Allah sepanjang tahun 2017 nanti target untuk mencapai sekurang-kurangnya 8 game di sarawak akan tercapai. 

SMk


Saturday, 7 January 2017

Projek Setem 2017 (Update 16/1/2017)

Update terkini 

Berita ini baru saja SMk perolehi dari Encik Jun  daripada Hazel Design Sdn Bhd di Gombak. Dimaklumkan pihak beliau telah gagal dalam proposal setem 2017 yang lepas dengan kalah satu undian. Maka hasil keluaran yang lepas kemungkinan besar adalah kerja hasil panel yang berjaya. Cuma bab Gambar ayam Mantera dan seekor remaja tersebut mungkin hanya terpilih secara tak disengaja atau diambil oleh pihak berkenaan untuk tujuan yang sama. 

Namun sebagai peminat ayam serama yang tegar, saya tidak merasa kecewa malahan gembira kerana pihak encik Jun telah juga berusaha memperbetulkan konsep dan persepsi ayam serama kepada pihak yang berkenaan dan telah diperbetulkan. 

Oleh itu saya dengan ini memaklumkan penglibatan saya dalam membantu encik Jun cuma setakat permulaan sahaja kerana pihak encik Jun telah gagal terpilih. Semoga Encik Jun terus berusaha lagi datang dengan projek yang baru dan terus berjaya hendaknya. Sekian, harap maklum dan saya mohon maaf jika tersalah anggap sebelum ini. Terima kasih.


Alhamdulillah, ada update dari pihak pejabat pos melalui akhbar tempatan mengenai update Setem 2017imasa akan d iaitu setem Ayam Serama atau Malaysian Serama.

keratan akhbar




Gambar kenangan-kenangan semasa bersama pihak Encik Jun dan jurufoto beliau Encik Khir.
at

Ini adalah beberapa gambar ayam yang telah SMk serahkan kepada pihak agen yang dilantik oleh Pos Malaysia untuk dipilih sebagai gambar asas kepada lukisan setem. Sebenarnya SMk sendiri masih terasa agak gementar kerana SMk sendiri tidak mengetahui ayam yang manakah yang telah dipilih oleh pihak berkenaan. 

Tetapi SMk bersyukur kerana ayam Man Serama iaitu Mantera telah terpilih dimasukkan kedalam Poster untuk iklan. Kita akan tahu lebih lanjut nanti pada 10hb Januari 2017 iaitu pada hari selasa ini bagi mengetahui hasil sebenarnya.


Tuesday, 13 December 2016

Bloodlines Godic


Bloodline Godic dari abe lan SPDP farm juga meriah dengan baiknya. Induk ini tidak menghadapi masalah bertelur walaupun kali pertama bertelur. Ayam ini bertelur dan mengeram dengan baik. Semoga dapat mengekalkan darah dari reban asalnya di Sarawak. 

SMk

Friday, 11 November 2016

Ayam Game SMk


Ayam ini mungkin akan menjadi ayam Game SMk yang terakhir sepanjang SMk berada di Kuantan Pahang. Ini kerana SMk tidak boleh membuang banyak masa dalam mendidik ayam untuk game kerana kebanyakkan ayam asuhan SMk akan dibawa ke Sarawak. Oleh itu pengutamaan game tidak menjadi sesuatu yang utama pada SMk.

Bagaimanapun SMk berhasarat membawa anak C ini ke Sarawak juga nanti bagi meneruskan hobi disana nanti.

SMk

Sunday, 28 August 2016

Pertandingan Ayam Serama Raja Kenyir 2016


Sambutan Pertandingan Raja Kenyir 2016 agak kurang berbanding tahun lepas. Namun demikian kali ini ianya telah menarik minat pemyertaan sebanyak 446 ekor ayam dengan yuran penyertaan sebanyak RM50. Seperti tahun-tahun yang lepas, pertandingan ini turut menarik minat peminat ayam serama dari luar negara iaitu dari Bulgaria, Thailand dan Indonesia.

Bagi merebut acara Best Of The Best (BOTB) sekaligus bergelar Raja Kenyir 2016 5 ekor ayam juara bagi 5 kategori telah terpilih untuk acara ini. 

Serama A
Pok syed 

Serama B 
Geng kereta kebal terengganu

Serama abs
Jangut21

Serama muda
Din buah kelate

Serama remaja
Semut merah kelate


Raja Kenyir 2016 kali ke8 ini telah dimenangi oleh Pok Syed Perodua dari Pulau Pinang.

SMk