Monday 24 October 2016

Bon Jengka 23 Oktober 2016

SMk telah mengadakan satu rombongan ke Jengka 6 bagi menyertai pertandingan ayam serama Bon Ukhwah Salam Perkenalan Serama oleh pihak Kelab Serama Jengka. Kali ini SMk ditemani oleh Zack aka Serama Hiro, Apis Pasir Mas dan Rizal Fahamee.

Secara amnya SMk berpuashati dengan Penganjuran Pertandingan yang telah dianjurkan iaitu sebanyak 93 ekor bagi 6 Kategori dan ditambah lagi dengan penyertaan lebih kurang 15 ekor lagi bagi acara terbuka iaitu kategori AGS (ayam gaya sahaja).

Pengadil pertandingan ini ialah Che Wil dan Ayoh Wan dari Persatuan Ayam Serama Terengganu.

ulasan penyertaan ayam SMk adalah seperti berikut:

Anak A Tina



Anak ini pada mula didaftarkan sebagai anak A, namun terdapat sedikit pertikaian maka anak ini disaran untuk ditukar kategori sebagai anak B. Namun pada pandangan SMk, sepatutnya anak ini hendaklah ditimbang dan keputusan dilakukan berdasarkan berat kerana anak ini beratnya tidak mencapai 100gram. Anak ini seterusnya dipertandingankan pada kategori anak B pada sangkar no 16 dan keputusannya adalah seperti berikut:


Anak A Jantan



Anak ini juga telah ditukar oleh pihak penganjur kepada kategori anak B sepatutnya hendaklah main anak A. Keputusannya Sangkar 20 adalah seperti berikut :


Anak B Subuh SMk



Keputusannya sangkar 18 adalah seperti berikut :



Remaja SMk


Keputusannya sangkar no 1 adalah seperti berikut :



Muda SMk (SonicTrechento)


Keputusannya sangkar no 22 adalah seperti berikut :


Muda SMk (kaki lemah)


Keputusannya sangkar no 3 adalah seperti berikut :



Muda Zack aka Serama Hiro (FireVirachocha)


keputusannya Sangkar no 8 adalah seperti berikut :


Induk SMk 

Video tidak sempat dirakam kerana SMk tengah membantu mempersiapkan ayam Abang Lie batu 11.

Keputusannya adalah sangkar no 12 seperti berikut :



Keseluruhannya rombongan SMk kali ini telah dikurniakan rezeki seperti berikut:

Induk no 2 Rizal
Remaja no 2 SMk
Muda Saguhati Zack
Muda Saguhati SMk
Cabutan bertuah Apis
Cabutan bertuah SMk
Cabutan bertuah Rizal






Semoga pendedahan yang SMk dedahkan kepada ahli rombongan SMk kali ini dapat membantu mereka dimasa hadapan terutama dalam penyediaan serta persiapan ayam serama sebelum pertandingan.

SMk

No comments: