Thursday 13 October 2016

Anak Fire October


Alhamdulillah MiszRain telah menetas dan anaknya Yellow membawa bloodline Fire yang kuat. Harapan SMk anak-anak ini akan terus sihat hendaknya, Induk-induk lain masih mengeram dan kebanyakkannya akan due pada penghujung bulan ini. Sungguh meriah bulan Oktober iaitu bulan kelahiran SMk juga.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar, disamping memeriahkan reban di Sarawak dengan baka-baka legend, SMk juga perlu masih fokus mengeluarkan Fire dalam gred serta kualiti yang terbaik untuk dibawa juga ke Sarawak sebagai penimbal balas kepada hasil breeding disana, dimana akhirnya nanti reban SMk di Kuantan akan di cross breed dengan reban di Sarawak nanti.

SMk

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah.Bulan Okt ckup meriah d rban abg man .d rmh sy alhamdulillah 2induk mgeram jgk :) tya skit,klu telur nmpak mcm ungu lebam tu tnda tlur tu xelok ke abg man?
MieG

Serama Man k (SMk) said...

Terima kasih MieG,

berkenaan telur, sebaiknya telur pada awal tempoh mengeram hendaklah bersih. Jika ada kekotoran boleh dilap dengan kain dan sedikit air, kemudian dilap kering. Tetapi perlu di lakukan dengan cermat agar kandungan telur tidak rosak.

Setelah 7 hari tempoh mengeram, adalah sebaiknya dilakukan teknik candling bagi melihat isi telur. Jika tiada isi (jaringan darah/janin) maka telur tersebut perlu dibuang agar dapat memberi ruang kepada telur-telur yang ada benih untuk mendapatkan suhu yang terbaik.

Dari segi warna telur, setelah tempoh pengeraman akan berlaku perubahan warna dari putih bersih kesedikit warna matang ada yang berubah menjadi sedikit kuning, ungu dan sebagainya. Jika telur telah dieram dalam tempoh yang agak lama iaitu melebihi 2 minggu, ada baiknya telur tersebut dikekalkan sehingga hari yang ke 21. Saya biasanya akan beri tempoh lebih 5 hari kepada telur yang lambat menetas, kerana mengambilkira tempoh matang telur tersebut yang berbeza sebelum dieram.

Mengikut pengalaman SMk, telur ayam serama boleh menetas kebiasaannya dibawah 21 hari iaitu seawal hari ke 18, tetapi ini bergantung kepada induk dan jumlah telur yang dieram. Paling lama adalah 24 hari tetapi amat jarang-jarang sekali berlaku.

SMk

Anonymous said...

Trima kasih ats pnjlsan y baik abg man :) sy bru dlm dnia ni,jd kslpn awl sy xtnda telur n catat ble..jd hrp2 ad rezki kli ni,sblm ni,smua tlur xjd,kli ke2 try ltok tlur dgn ibubaym kg,smua netas tp silap cra satukan dgn ibu serama smula..hbs ank kne tendg dgnnibu srma..msih byok kne bljr.trima ksih skli lg ats tnjk ajr pd org bru.jauhh lg pjlnan
MieG

Serama Man k (SMk) said...

takpa, teruskan usaha. Sambil kita berusaha kita akan dapat banyak belajar benda baru yang mematangkan kita. Sabar, pasti ada jalannya. Semoga berjaya.