Monday 26 December 2016

FireSharp Di Reban Azman Nain Kota Belud


Alhamdulillah ada perkabaran yang positif sejak FireSharp berhijrah di negeri bawah bayu hampir sebulan yang lalu. Maklumat dari pemilik barunya, betina sudah mulai bertelur teratur dan hanya menunggu tempoh masa untuk mengeram.

SMk juga dengan ini mengesahkan Reban Azman Nain merupakan satu-satunya reban di Sabah yang membawa bloodlines Fire disana. Di kebelakangan ini timbul semula cerita BPR dan anak-anaknya malahan berkaitan juga dengan Sri Palas. 

Namun, bagi pembaca blog SMk pastinya sudah maklum bahawasanya Darah Fire merupakan gabungan anak-anak reban dari anak BPR The Legend sendiri semasa dalam jagaan Krule Akmal. Anak-anak ini kebanyakkannya dibawa SMk ke Kuantan Pahang dan diasimilasikan sehingga menjadi line Fire. 

Kenapa Fire? kerana SMk tidak mahu terikat dengan BPR yang pada mulanya diakhir tangan Krule Akmal dikabarkan dijual kepada orang KL dan didapati mati sebulan dua kemudiannya. (SMk telah menawarkan untuk membeli jika dijual) Namun kuasa Allah di kabarkan BPR masih ada dan meneruskan tugas sebagai pembaka direban otai tanahair yang merupakan sahabat kepada cikgu vistana. Tetapi tidaklah SMk mengikat nama BPR sebagai kekuatan reban SMk. Oleh itu dengan langkah positif, SMk telah menjenamakannya semula dengan gelaran FIRE dan sesungguhnya rezeki itu limpah kurnia Allah maka selari dari itu banyak legasi Fire yang SMk corak semula telah diterima pakai di dunia serama dengan banyak kali juga mendapat tempat di bon-bon yang SMk kunjungi.

Oleh itu, dengan upgrade aksesori yang telah SMk lakukan sejak beberapa tahun ini, bolehlah SMk war-warkan yang SMk telah mulai menghasilkan Fire 3.0 bagi tahun 2017 nanti insya Allah.

Kebanyakkan line Fire yang SMk jual telah mewarnai arena pertandingan di Malaysia, Indonesia dan Vietnam malahan ke USA. Namun hak masing-masing si pembeli samaada hendak mengekalkan nama Fire atau menjenamakannya semula. Tidak menjadi satu asas kemestian kepada SMk.

Malahan di Pahang, walau SMk lama disini tetapi yang hendak mengekalkan nama Fire cuma Zack @ Serama Hiro di Kuantan, Fairul Raub di Raub/Lipis, di Utara tanahair iaitu reban abang Yusof Gurun masih mengekalkan nama Fire dan akhir sekali di Sabah iaitu direban Azman Nain beliau juga memaklumkan akan mengekalkan nama Fire bagi line darah asal Fire yang beliau dapat dari SMk.

SMk ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada follower SMk selama ini dan juga sahabat-sahabat yang pernah memiliki ayam-ayam dari reban SMk. Semoga ianya berjasa direban tuan-tuan selanjutnya.

SMk

5 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..suda smpai ke kota belud..hrp2 bkembang seni d bwah byu..rmi ke kwn2 shobi d sabah bang?

MieG

Serama Man k (SMk) said...

Kalau mengikut aktiviti yang mereka jalankan, dengan adanya pertandingan selang beberapa bulan boleh dikatakan di Sabah nereka mempunyai peminat yang konsisten, cuma cara permainan terutama pengadilan agak sedikit berbeza dengan apa yang biasa kita jalankan di sememnanjung Malaysia. Namun, baru-baru ini, Azman Nain dan beberapa sahabat mereka telah mula melakukan pengubahsuaian sedikit untuk prosedur pertandingan dengan mengikut sedikit sebanyak cara pertandingan dijalankan di semenanjung. Keputusannya juga baik, dimana ianya diterima dengan baik sekali oleh peminat serama disana.

Unknown said...

Pergh berita baikk tu..smoga trus bkambang pesat.. nt klu ad rezki sy ke labuan,sy msti cr abg man..try biak sraa belah pulau plok.prncgn jgka pnjg jgk ni hehe

#alhamdulillah test pmbka kli ke2 bhsil.3 dr 7 mnetas smlm.tq a.man ats tnjuk ajr
MieG

Serama Man k (SMk) said...

Tahniah MieG.. semoga terus positif.. yang penting usaha

Anonymous said...

Same2. Misi mnjga anok aym msim hjn plak.. :)

MieG