Showing posts with label anak reban ayam serama malaysia ku. Show all posts
Showing posts with label anak reban ayam serama malaysia ku. Show all posts

Friday, 5 February 2021

Sri Fakeh


 Anak reban sekor ni, nampak semakin positif dan agak suka dimainkan sebab ianya memberi tindakbalas terhadap kita. Jika ayam ini dijaga dengan baik, ayam ini mempunyai potensi yang besar untuk mencapai kejayaan di pertandingan. 

SMk

Saturday, 19 September 2020

Batch ke 3


 Batch ketiga bagi musim projek pencarian baka. Nampaknya bulan ini dan akan datang, semakin banyak induk yang akan menetas. Semoga anak-anak ini terus sihat dan menjadi pelapis reban yang baik bila tiba masanya nanti. 

SMk

Monday, 7 September 2020

Anak Batch Ke-2


 Batch kedua nampaknya macam anak betina, tetapi seekor yang kecil sedikit agak tidak jelas jantinanya. Semoga ada anak jantan dalam batch kali ini. Penumpuan untuk breeding masih diteruskan dan penjagaan anak-anak reban adalah sesuatu yang diutamakan kerana SMk hendak mencari penganti pelapis reban. 

SMk

Tuesday, 2 April 2019

Induk Reban Menetas




Semalam tiga ekor induk reban menetas dengan membawa anak-anak dari line 69, line Fire dan line Pok Syed. Semoga anak-anak kali ini banyak jantan dan membesar hingga dewasa dengan baik dan sihat.

SMk

Sunday, 5 August 2018

Line Ara


Second batch line Ara ini semakin positif dan nampak sudah nampak cutingnya. Setakat ini nampak seperti anak betina, namun untuk kepastian kita tunggu sehingga 2 atau 3 minggu lagi.

SMk

Sunday, 22 July 2018

FireShahBandar


Ayam Muda ini, diikutkan hendak dibawa kepertandingan serama, namun kerana ekornya lambar meluruh dan menyalin bulu baru SMk jadikannya sebagai pembaka. Ini kerana ciri-cirinya yang sangat baik seperti balung dan kepala yang cantik dengan bersubang putih. Manakala ayam ini juga memiliki tubuh seketul yang sangat positif. Semoga ciri-cirinya boleh diperturunkan kepada anak-anaknya nanti.

SMk

Sunday, 1 July 2018

Anak BlackRose

Sedikit Update berkenaan anak BlackRose batch pertama yang SMk namakan sebagai line Ara. Walaupun anaknya tidak membawa warna ara tetapi cuting tubuh anaknya sangat mirip menyerupai bapanya BlackRose. 


Masih belum diasingkan


Sehari sebelum dipisahkan, abangnya dibeli sahabat SMk


Video terkini

Secaraamnya, SMk sangat berpuasa hati dengan Line Ara yang telah BlackRose turunkan direban SMk, Insya Allah ada beberapa ekor anak yang akan menguatkan warna Ara yang telah menampakkan hasilnya.



Keluarga besar Line Ara

Untuk ibu dan anak ini, SMk akan asingkan dalam tempoh 2 minggu lagi dan akan dimasukkan kembali dengan Pembaka Utama Line Ara iaitu BlackRose.

SMk

DirtyAryan Jr.1

Setelah hampir sebulan lebih masa berlalu DirtyAryan Jr1 semakin berubah dan lebih positif dari dulu. 

Masih belum diasingkan



Setelah diasingkan dari adik tinanya.



Selang Seminggu dari video yang sebelum ini



Semakin berubah kearah positif

Sekarang DirtyAryan Jr.1 semakin positif dengan mula melakukan beberapa kibasan sesuai dengan ayam yang telah mula berciri-ciri kategori ayam Remaja. Insya Allah SMk akan bawakan anak reban ini ke game sukasuki pada 8 Julai 2018 yang akan diadakan di kampung Sebandi, Asajaya.

SMk

SOLD OUT

Salam SMk ucapkan kepada pengunjung blog dan sahabat yang mengunjungi laman SMk ini. Setelah sunyi sepi sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, hari ini SMk update semula perkembangan yang telah lepas tetapi sempat SMk masukkan pada post di FB.

Pada 6 Jun 2018 yang lalu, SMk telah membuka jualan untuk anak reban dari line Ara dengan harga RM800 dan telah dibeli oleh sahabat SMk bersama-sama dengan adik kepada DirtyAryan Jr cuma berbaza ibu.

Line Ara


Adik kepada DirtyAryan Jr. (Lain Ibu)

SMk

Monday, 9 April 2018

Anak Game


Anak pelapis game ini, akan SMk simpan untuk pelapis game bagi mewakili reban SMk. Anak ini memang nampak cuttingnya dan memang sedap dipadang mata.

Anak ini akan mula diasing dalam tempoh sebulan lagi dan mula diasuh. Manakala ibunya akan SMk asing sebelum dimasukkan dengan pembaka jantan.

SMk

Induk Serama yang garang

Bloodline Godic

Bloodline Fire

Merupakan 2 ekor darah yang berlainan tetapi membawa perangai yang baik kepada keturunannya dan menjadi satu kepelbagaian yang memeriahkan reban SMk. 

SMk

Sunday, 18 March 2018

SriKenyalang


Anak ini SMk namakan dengan nama SriKenyalang. Amat positif sejak seminggu lahir hingga sekarang masih nampak positif. SMk akan menunggu sehingga bulu anak ini penuh atau masuk kategori anak B maka bila tiba waktu itu, barulah SMk akan melakukan isolation kepada anak-anak ini nanti. Ayam ini mempunyai seekor adik betina yang berwarna agak cerah dari kuning kebiasaannya. 

Semoga anak ini  terus membesar dengan baik sekali dan boleh mengambil alih tampok pembakaan bagi linenya. 

SMk

Pelapis Reban


Ini adalah sebahagian pelapis dari batch suku pertama tahun ini. Untuk kali ini kita review anak dari induk Ara, iaitu induk yang berasal dari Nazrul Amir Terengganu. Untuk kali ini, anak-anak amat positif sekali dan nampak yang ada cuting walaupun masih anak A lagi.

Mengambilkira akan hasil yang positif ini, SMk akan mengekalkan pasangan bagi induk Ara tersebut agar lebih mengeluarkan anak yang positif dimasa akan datang.

SMk

Wednesday, 7 March 2018

Induk TRW Meng



Induk ini memang ditunggu-tunggu SMk untuk kali ini. Ini adalah kerana, kali ini SMk memberi penumpuan penuh kepada penjagaan ayam direban sekarang ini kerana masa yang banyak. Melihat kepada tetasan batch pertama Januari hingga Mac lebih kepada betina maka besarlah harapan SMk jika anak dari induk berpontensi game SMk lebih mengeluarkan anak jantan berbanding betina.

Setakat ini, isi reban SMk telah hampir memenuhi reban yang ada. Sekitar 2 minggu lagi, pastinya kita dapat melihat hasil-hasil ari batch pertama untuk ditapis dan dibawa ke game.

SMk


Monday, 22 January 2018

Update Reban 22/1/2018


Update reban..
Mengeram 22/1/2018
Expected deliver 11/2/2018
Line MengKB vs Nazrul Amir Ganu 
Line Mahizan Mohamad
Line Poksyed
Line Fire
Inkubator status runinng. Delivery date anytime.
P/s
Induk netas line Mahizan Mohamad vs Godic SuperJr no1. Oleh itu, esok pagi SMk akan menyusun semula sistem pembaka yang sedia ada bagi memasukkan induk baru kedalam reban breeding.

SMk

Tuesday, 26 December 2017

Anak FireCroc


Setakat ini, dalam banyak-banyak hasil tetasan, anak ini paling menarik kerana cutingnya telah jelas lebih awal sinonim dengan line Fire yang ada. Buat masa ini, ayam ini SMk tidak lepaskan kerana hendak melihat perkembangannya nanti.

SMk

Line Pok Syed


Menetas 12/12/2017

Untuk anak line ini, SMk tidak akan melepaskannya atau dijual kerana ianya akan dimasukkan semula dengan ibubapanya bagi breeding 2018 nanti. Setakat ini anak ini telah membesar dengan baik.

SMk

Anak Reban November 2017

Line King650

Line GStar

Buat masa sekarang SMk memiliki beberapa anak ayam yang berpontensi dijadikan mainan di bon dan beberapa ekor yang amat positif untuk digunapakai sebagai ayam game.

SMk


Anak C Sold




Anak Reban SMk ini telah dilepaskan ke Bintulu kepada peminat disana. Ini diikuti oleh adiknya juga telah berpindah reban disana juga.

SMk

Sunday, 26 November 2017

Anak Reban November 2017

Batch 1/2017
bloodline Mahizan Mohamad Ganu.

Batch 2/2017
DOB 21/11/2017
bloodline Godic

Batch 3/2017
DOB 25/11/2017
bloodline Hilmi Alwi (Jantan) vs Pok Syed (Induk)

Alhamdulillah semuanya sihat dan cergas, semoga terus membesar sebagai johan di arena serama nanti.

SMk