Friday 28 July 2017

Pertandingan Ayam Serama di Sebandi Matang, Asajaya


Pada 23 Julai 2017 satu Pertandingan Ayam Serama Suka Suki telah diadakan di kediaman Cikgu Shahrin dan isteri di kampung Sebandi Matang, Asajaya. Bon kecil ini turut meriah kerana pada masa yang sama pihak tuan rumah turut mengadakan jamuan Hari Raya. 

SMk turut mengambil peluang ini, setelah mengadili pertandingan ini mengadakan satu kelas ad hoc tentang persiapan ayam game dan tips untuk mencantikkan ayam.


Pada hari ini juga, adik SMk iaitu Aman APM dimurahkan rezeki merangkul johan serama pada hari tersebut dengan line Red Warrior meng KB. Tahniah SMk ucapkan kepada setiap pemenang dan sahabat yang hadir pada game tersebut.



Terima kasih juga kepada pihak penganjur, tuan rumah dan semua ahli yang terlibat didalam menjayakan pertandingan ini. 

SMk



No comments: