Friday 28 July 2017

Balik ke kampung


SMk telah balik ke kampung halaman pada ahad 16 Julai 2017. Setelah menguruskan beberapa perkara dan berehat, SMk telah meninjau keadaan reban semetara SMk. 

Secara amnya, ayam-ayam ini dalam keadaan yang memuaskan dengan kesihatan yang boleh dikatakan baik. Setelah memeriksa setiap ekor dan sangkar yang ada, SMk dapati beberapa induk yang sedang mengeram terpaksa diberi mandi semula kerana banyak telur yang kosong setelah dilakukan candling.

Oleh kerana pada hujung minggu tersebut iaitu pada 23 Julai 2017 akan diadakan bon mini, maka SMk telah memilih bebrapa ekor ayam untuk dibawa oleh adik SMk iaitu Aman APM.

Ayam yang dipilih ini nanti akan SMk siapkan agar ready untuk bon tersebut.

SMk

No comments: