Showing posts with label ayam serama sarawak. Show all posts
Showing posts with label ayam serama sarawak. Show all posts

Monday, 25 May 2020

Latihan Anak A


Hari ini, SMk telah mula menilai beberapa ekor anak A bagi tujuan latihan meja. Nampaknya kali ini, SMk mendapati ada seekor anak A jantan dari line Mahizan Mohamad yang boleh SMk ketengahkan bagi mewakili reban SMk untuk pertandingan Online anjuran sahabat SMk iaitu lan Telipot. 

Masa yang berbaki sebelum last update video adalah pada 4hb Jun 2020, oleh itu SMk rasakan, SMk mempunyai cukup waktu bagi menyertai pertandingan tersebut. Semoga latihan yang dimulakan hari ini akan membuahkan hasil. 

Apa yang penting adalah usaha dan teknik telah diusahakan, kerana akhirnya nanti kita berserah kepada rezeki dan izin Allah.  Tetapi untuk pertandingan kali ini, ianya bukan diadili oleh pengadil bertauliah, kali ini ianya akan dinilai berdasarkan pilihan Like terbanyak di FB. Maka, pemenang nanti agak sukar diramal. Tetapi bagi SMk, seperti biasanya, kemenangan bukan perkara pokok tetapi support kepada usaha sahabat yang menganjurkan pertandingan adalah sesuatu yang utama. 

Tiada penganjuran aktiviti serama maka akan suramlah dunia serama, oleh itu amat penting usaha bagi menyokong aktiviti atau pertandingan yang diadakan adalah amat penting sekali. 

SMk

Wednesday, 10 July 2019

Sembang Serama


Hari ini reban SMk dikunjungi oleh sahabat serama iaitu saudara zian dari matang untuk melihat seekor anak B, sambil-sambil bersembang sahabat SMk dari PKKASKS iaitu Rosli dan Malek turut serta tiba direban SMk. Sambil melihat ayam, sempat bersembang serba sedikit berkenaan bon yang bakal dijalankan nanti pada 21 Julai 2019.


Anak B sebelah kanan gambar turut SMk lepaskan pada hari ini kepada sahabat SMk iaitu zian dari matang. Semoga ayam tersebut berjaya direban beliau nanti. Ini adalah kali kedua saudara zian mengambil ayam direban SMk, semoga menjadi ditangan beliau nanti. 

SMk

Wednesday, 3 July 2019

Line Meng KB


Anak Remaja ini adalah dari bloodline Meng KB yang kita bawa hampir dua tahun yang lalu. Alhamdulillah setakat ini, agak positif cuma line ini walaupun cantik apabila matang, namun perangainya agak lambat. Line ini kebiasaannya akan datang perangai apabila masuk kategori Muda siap.

Ayam ini walaupun remaja (muka masih berbulu roma halus), namun aksesorinya seperti balungnya amat menarik, ditambah ekornya menampakkan potensi untuk lawi yang bertirus tajam dan lurus. Setakat ini ayam ini beratnya hanya sekitar 210 gram sahaja. Insya Allah jika jodohnya masih direban, SMk akan jadikan ianya sebagai antara pelapis pembaka reban bagi line Meng KB ini.

Insya Allah kalau takda halangan, hari sabtu nanti kita akan bagi mandi ayam ini bersama-sama berberapa ekor lagi betina yang ada sebagai aktiviti kita hujung minggu ini nanti. 

SMk

Tuesday, 2 July 2019

DA Bloodline


Dua ekor anak B ini adalah adik beradik iaitu terdiri dari empat ekor kesemuanya. Dua Jantan dan dua betina, pada mulanya anak yang diatas datang perangai terlebih dahulu kemudian diikuti oleh anak B yang dibawah selang dua atau tiga minggu.

Batch ini merupakan kesinambungan line DirtyAryan iaitu anak ini semuanya adalah anak kepada DirtyAryan Jr. Gambar diatas kita namakan sebagai DirtyMaverick manakala yang dibawah kita namakan sebagai DirtyArjuna,

Setakat ini, kedua adik beradik ini amat positif sekali dan bebas dari sebarang masalah seperti ekor senget contohnya. Jika melihat kepada bentuk balung, kedua-dua anak ini memiliki balung yang boleh dikira baik dan tidak perlu pengubahsuaian.

Jika jodohnya dengan SMk, kali ini SMk akan kekalkan mereka direban sebagai pelapis pembaka sedia ada. Supaya darah line ini terus berkembang dengan positif direban SMk. Banyak yang bertanya kepada SMk, ayam ini sebelum dinamakan sebagai line Dirty diperolehi dari mana asal usulnya? Line ini asalnya SMk perolehi dari reban pok syed iaitu dari line Ryan5188 kalau tak silap SMk. Setakat ini line ini tidak SMk biak silang, kerana hasilnya sehingga sekarang masih amat positif. Kenapakah pangkal nama diletak Dirty? Ini kerana masa mendaftar DirtyAryan untuk pertandingan ayam serama di Summer Mall, SMk telah diminta memberi nama untuk pengisian borang bagi ruang nama ayam. Oleh kerana pada ketika itu DirtyAryan masih muda dan dadanya cemar maka SMk bagi nama DirtyAryan semasa pendaftaran tersebut. Alhamdulillah, DirtyAryan dapat gelaran juara Kategori Muda dan juga Best of the Best pada hari tersebut.

SMk

Friday, 19 April 2019

Pembungkusan Makanan Ayam


Semalam SMk telah mendapatkan bekalan makanan ayam dipasar seperti biasa iaitu seguni Dedak 201 dan Jagung C. Hari ini SMk terus membungkus semula dengan dibahagikan kepada beg plastik bagi memastikan makanan ayam ini disimpan dan terhindar dari sebarang serangga atau kutu dan ulat.

Setelah dibungkuskan, SMk akan menyimpan makanan ini didalam suasana suhu bilik bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan baik. Pada SMk, kualiti makanan adalah amat penting dan kritikal bagi mastikan ayam serama berada pada kondisi yang baik. Makanan yang baik juga menyumbang kepada kesihatan ayam dan juga perkembangan ayam itu sendiri. Masalah seperti tuku, rusuk juga akan dapat dielakkan dengan pengambilan makanan yang konsisten dan berkualiti.

Makanan yang segar dan baik juga dapat mengelak dari penyakit seperti Puru, dan berak putih.

SMk

Tuesday, 2 April 2019

Anak Reban


Satu line tertapi dari pembaka yang berbeza. Anak berwarna putih adalah anak kepada pembaka SMk bernama DirtyAryan Jr iaitu anak kepada DirtyAryan. Manakala yang berwarna kuning pula adalah anak kepada DirtyAryan. 

Anak DirtyAryan adalah batch pertama bagi tahun ini, permulaan yang baik sekali. Sedangkan anak kuning adalah adik beradik kepada Puteri Duyung dan Puteri Salak. Pada pandangan SMk, anak kuning tersebut akan selam dengan cuting slim tinggi. Sama-sama kita nantikan perubahannya.

SMk

Wednesday, 20 February 2019

Line DirtyAryan

DirtyAryan

DirtyAryan Jr

Sejak beberapa hari lepas, beberapa ekor induk yang mengeram telah mulai menetas. Menambahkan keseronokkan bagi musim ini ialah induk kepada pasangan DirtyAryan dan juga DirtyAryan Jr turut menetas. 

Pasangan DirtyAryan kali ini adalah induk kepada DirtyAryan Jr dan pastinya anak ini akan menarik perhatian SMk sendiri kerana rekod bagi pasangan ini amat memberangsangkan dengan lahirnya DirtyAryan dan Puteri Santubong yang merupakan satu lonjakan baru bagi reban SMk. 

SMk akan menyimpan anak kali ini untuk dilatih sendiri bagi pelapis reban SMk untuk 2019 / 2020 nanti.  

SMk

Tuesday, 12 February 2019

Update Video lepas

Oleh kerana kesibukan sedikit masa yang lepas maka, SMk hari ini update video-video yang telah diupload ke youtube, namun tidak dinaikan menjadi artikel diblog ini. Oleh itu, SMk rangkumkan semuanya sekali sebagai satu update post.

Pembaka Reban

Anak A (Sold)

Anak A (Sold)

Anak (Sold)

Anak A (Sold)

Puteri Santubong

Anak pelapis reban

FireKencana Update

SRyan

DirtyAryan Update

Pelapis Induk

Anak C tina

Betina Remaja

SMk

Thursday, 10 January 2019

SOLD



Alhamdulillah, dah tiba di Cebu City Filipina awal pagi tadi. 3 ekor akan bergerak lagi jauh melalui pasifik kepada rakan SMk disana.

Terima kasih kepada sahabat SMk, Mr Ronald atas segala bantuan dan urusan yang telah dilakukan beliau bagi melancarkan urusan kali ini. SMk juga mengucapkan terima kasih kepada beliau untuk 4 ekor Betina Peru yang diserahkan kepada SMk.

Hobi yang telah sebati ini dengan SMk berjaya atas izin Allah S.W.T, tanpanya tiadalah kejayaan buat SMk. Syukur alhamdulillah.

SMk

Sunday, 30 September 2018

Line Godic


Sepasang anak ini adalah dari hasil dari induk muda line Godic tempohari yang ditetaskan melalui tetasan inkubator. Warna anak ini lebih mirip mengikuti warna induknya dan yang positif adalah anak ini mengikut perangai atau gaya dari induknya yang juga mula bergaya semasa anak A juga.

Anak ini juga akan SMk simpan untuk melihat hasil breeding juga sebagai tanda aras bagi breeding yang akan dilakukan nanti. 

SMk

Saturday, 22 September 2018

Janji yang ditepati


Alhamdulillah Induk ini telah SMk serahkan kepada Naz Matang seperti yang telah dijanjikan. Syukur, segalanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Induk ini telah diasingkan setelah membawa dua ekor anak jantan.

Induk ini telah mula bertelur kosong sejak semalam, maka SMk amat berbesar hati menyerahkannya kepada beliau supaya proses breeding boleh terus dilakukan. Untuk rekod, Induk direban SMk kebanyakkan tidak selam tetapi memang boleh menurunkan anak selam jika dimasukkan dengan pejantan yang sesuai dari reban SMk. Satu lagi, Induk direban SMk hanya menurunkan anak kalau banyak pun hanya tiga ekor anak untuk satu-satu masa. Bagi yang boleh menurunkan anak lebih dari itu dengan induk kandang SMk. SMk ucapkan tahniah dan usaha yang terbaik untuk anda.

Bab harga, SMk menjual induk reban dengan harga yang mahal iaitu hampir 1K untuk seekor induk kandang kerana induk kandang telah membawa anak, boleh mengeram dengan baik, mengasuh anak dan dari baka yang baik. Maka itu SMk lebih suka menjual anak C tina berbanding induk kandang dengan bermula dari harga RM688 kepada yang berminat. Jadi terpulanglah pembeli hendak mengasuh anak C tersebut menjadi induk muda yang baik. Nak induk kandang boleh, tetapi harga memang SMk akan lepaskan hanya dengan harga 1K. 

Jika dirasakan mahal, SMk mohon abaikan induk reban SMk dan bolehlah mencari induk direban sahabat yang lain. Ini bukan kerana SMk sombong, tetapi SMk amat menyayangi induk reban SMk dan hanya akan melepaskannya dengan harga yang SMk agak sesuai untuk barang kesayangan SMk, disamping modal serta penat lelah SMk menjaganya sebelum ini.

SMk harap tiada yang marah kepada SMk, kerana masing-masing mempunyai hak keatas reban masing-masing. Akhir kata selamat berserama Mania buat warga Ayam Serama.

SMk

Wednesday, 19 September 2018

Kelas Asas Kategori Ayam Serama


Pada petang hari Ahad yang lepas SMk telah mengadakan satu kelas bagi Asas Kategori Ayam Serama yang telah disertai oleh Aman APM. Kelas tersebut berlangsung lebih kurang 2 jam dengan dilakukan INSITU bersama ayam serama sebagai alat bantuan mengajar. Kelas ini sepatutnya disertai oleh seorang lagi peminat serama, namun beliau membatalkan hasratnya kerana ada komitmen kerja.

Setelah mendapat penerangan yang lebih mendalam, pelatih dapat memahami dan dapat memberi maklumbalas kepada soalan dan masalah yang ditujukan kepadanya. Kelas telah berjalan dengan lancar, semoga pelatih dapat ilmu dan manfaat dari kelas yang telah diadakan tersebut. 

Untuk mereka yang berminat untuk mengikuti kelas bergini, bolehlah berhubung dengan SMk untuk mendapatkan maklumat mengenai kelas dan yuran bagi setiap kelas berkenaan. 


SMk

Tuesday, 11 September 2018

FireKencana


Bermula hari ini, SMk akan mula mengunakan FireKencana sebagai Pembaka tambahan dan akan dimasukkan terus secara aktif pada hujung bulan ini. SMk akan masukkannya dengan induk dari line asalnya bagi meneruskan legasi FireCroc yang lebih dominan dari segi cuting dan perangai.

SMk

Sembang Malam Ahad


Pada malam ahad yang lepas SMk telah bersembang dengan Aman APM dan Eppy mengenai fokus breeding dan pemilihan baka ayam yang perlu dimaksimakan bagi meneruskan kualiti ayam yang sedia ada ketahap yang lebih baik dan keadaan reban yang lebih mampan dan produktif.

Oleh itu, SMk membuat keputusan untuk meneruskan projek breeding bloodline yang sedia ada dengan ditambah dengan pembaka yang baru dipilih dari kalangan ayam muda yang SMk miliki. DirtyAryan Jr juga turut disenaraikan sebagai bakal pembaka reban jika SMk berterusan menjadi Pengadil kepada Pertandingan di Sarawak.

SMk perlu lebih fokus mengeluarkan ayam-ayam yang berkualiti pertandingan walaupun SMk tidak lagi menjadi player. Ini kerana, sebagai pengadil, SMk mempunyai pandangan dan harapan yang tinggi mengenai ayam-ayam berkualiti di pertandingan. Oleh itu, ayam reban SMk perlulah menjadi tanda aras kepada seekor ayam game yang terbaik di Sarawak, supaya menjadi contoh dan ikutan kepada para player dan peminat ayam serama di Sarawak. 

SMk


Sunday, 26 August 2018

Setahun berlalu



Sudah setahun masa berlalu, SMk berpindah ke Semariang Aman Kuching, Sarawak bersama-sama hobi yang telah lama diceburi sejak tinggal diutara tanahair (sejak lewat 90an), dan lebih 10 tahun di Kuantan, Pahang.
Jangan ditanya tentang kos untuk membawa semua serama SMk pindah ke Kuching. Rasanya boleh mencapai harga Axia Auto sebuah rasanya.. Belum lagi mengira bab harga ayam.. belum termasuk nilai fasilitas reban yg sedia ada. Di dalam berhobi, jangan ikut orang.. ikut kehendak diri sendiri, kemampuan dan semangat diri sendiri. Insya Allah kejayaan ada dihadapan, yang penting mestilah berusaha.
Terima kasih juga SMk ucapkan kepada semua otai-oatai, sahabat-sahabat yang membantu SMk dalam usaha membawa baka-baka sohor dari reban tuan-tuan ke reban saya. Saya sentiasa menghargainya, kerana saya jenis orang yang tidak akan melupakan hasil bantuan sahabat. Maka itu, serama yang dibawa dari reban tuan-tuan saya tidak melakukan kacukan dgn ayam saya yang sedia ada dengan sesuka hati(setiap baka akan hanya dibreed mengikut reban asalnya sahaja). Ini kerana ianya adalah sebagai bentuk kenangan hasil buah tangan tuan-tuan yang saya hormati.
Teringat kembali memori. Siapa yang pernah memelihara serama diruang tamu rumah hampir 10 tahun? Gila tak gila.. memang peminat tegar https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/f52/1/16/1f923.png🤣. Alhamdulillah isteri dan anak2 memang support hobi SMk.


Syukur alhamdulillah, dah menetap disini.. ada reban sendiri yang lebih baik. Syukur Alhamdulillah.
SMk

Thursday, 23 August 2018

Bloodline Ara


Pelapis line Ara dari Terengganu ini akan SMk jadikan pelapis reban dimasa akan datang. Anak ini mempunyai 2 ekor adik beradik dan induknya memang digunakan sebagai asas penguat line ini direban. Buat masa ini, SMk memiliki tiga ekor induk line yang sama yang digunakan bagi mengeluarkan pelapis bagi line ini.

Untuk Batch ini, kemungkinan besar SMk akan menyimpan seekor anak jantan jika ada untuk dijadikan pelapis kepada Pembaka Ara yang ada.

SMk

Sri Salak


Sri Salak masih dalam mode latihan dan perawatan bagi menghadapi meja game buat kali pertama nanti di Asajaya pada 1hb September nanti. Untuk seekor anak C yang baru beralih ke remaja, anak ini dikira sangat positif. 

Kita akan melihat perkembangan Sri Salak secara lebih dekat nanti terutama diminggu-minggu terakhir sebelum pertandingan.

SMk

Saturday, 18 August 2018

Bloodline Ara


Alhamdulillah, SMK telah mendapat pelapis bagi induk line Ara direban. Walaupun Ara SMk lebih kepada putih beras (betina) ianya tetap sesuatu yang SMk hargai kerana ramuan ini sangat perlu bagi SMk meneruskan breeding line Ara dimasa akan datang. Semoga anak ini terus membesar dengan baik dan menjadi induk kandang suatu hari nanti.

SMk

Wednesday, 25 July 2018

Sold Out


Seekor ayam siap game telah dijual kepada Cikgu Shahrin Sebandi Matang Asajaya. 


Semoga terus bermanfaat hendaknya bagi pemilik barunya nanti. 

SMk