Thursday 25 January 2018

Pasangan ke Bintulu


Pasangan ini akan dihantarkan ke Bintulu kepada tuan barunya. Ianya telah ditempah atau booking oleh pemilik barunya sebelum ini. Alhamdulillah sudah siap untuk penghantaran. 

Oleh itu, setelah pasangan ini dijual, SMk akan membuat penutupan jualan bagi package seperti ini dan juga penjualan ayam betina sehingga tempoh yang akan dimaklumkan semula nanti. Bagi jualan selepas ini, SMk lebih mengutamakan buyer atau peminat yang hadir sendiri dipremis SMk. 

Ianya bertujuan supaya pembeli lebih jelas dengan ayam yang hendak dibeli dan dapat melihat secara lebih dekat. Itu adalah lebih baik pada pandangan SMk. Semoga penjualan yang dilakukan lebih memuaskan hati para pembeli. Ini merupakan satu usaha oleh SMk bagi mempromosikan minat warga Sarawak terhadap memiliki ayam serama. Semoga usaha yang dilakukan ini, dapat menghasilkan lebih banyak peminat dikalangan masyarakat Sarawak. 

SMk


No comments: