Thursday 1 February 2018

Game Suka Suki 28 Januari 2018


Pada Ahad yang lepas, SMk telah mengadakan satu pertandingan ayam serama Suka Suki di rumah SMk. Acara tersebut berlangsung dengan baik sekali dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan iaitu sebanyak 38 ekor ayam serama. Jumlah itu selalunya adalah jumlah ayam yang dipertandingkan bagi pertandingan setempat yang biasa dianjurkan sekitar Sarawak atau Kuching Semarahan amnya. Game Suka Suki bukanlah game tertutup, tetapi game terbuka untuk semua peminat serama, cuma hadiah yang diberikan tidak semewah pertandingan yang biasa dilakukan kerana tujuan game Suka Suki adalah mendidik peminat supaya lebih berilmu dalam hobi berserama.

Atas kejayaan tersebut, SMk akan mengadakan setiap hujung bulan satu game Suka Suki dengan syarat tiada game anjuran oleh PKKASKS pada bulan yang sama. Ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada peserta dalam menyediakan ayam masing-masing, setelah mendapat maklumat dan markah ayam mereka di Game Suka Suki pastinya pengubahsuaian dapat dilakukan oleh peserta tersebut bagi game yang lebih besar.

Game Suka Suki ini, SMk gunakan sebagai base kepada mendedahkan ilmu dalam penyediaan ayam ke pertandingan dan juga menyampaikan maklumat yang tepat mengenai penilaian sebenar skema markah bagi seekor ayam serama. Susulan dengan itu, satu penganjuran kursus penilaian ayam serama akan dianjurkan kepada mereka yang benar-benar berminat.

SMk

No comments: