Tuesday 31 July 2018

Apakah BOTB



Apa yang dimaksudkan dengan BOTB? BOTB ialah singkatan kepada Best Of The Best. 

Untuk Ayam Serama, ayam yang layak dipertandingkan bagi kategori ini ialah ayam yang telah dinobatkan sebagai Juara bagi setiap kategori. Contoh Juara kategori yang layak mengikuti acara BOTB ialah seperti berikut :

1. Juara Remaja
2. Juara Muda
3. Juara Ayam A
4. Juara Ayam B
5. Juara ABS/ Tanpa Lawi

Apabila acara BOTB dilangsungkan bagi semua juara-juara diatas, apakah yang dilihat pengadil atau apakah perkara yang dinilai?

Perkara yang dinilai adalah seperti berikut:

1. Bergaya, bermaksud ayam jinjit dan jeck dada, berkibas, tarik kepala kebelakang/selam (min 4 sec)/parking/lock, sayap dilunjurkan kehadapan melebihi kaki, keadaan kaki lurus.(atau ditambah dengan gaya tersendiri lain dari ayam yang ada pada masa tersebut seperti kibas lompat, kibas shuffle, kibas terbang dan sebagainya..)
2. Pengulangan banyak kali perlakuan Gaya bagi menentukan kemenangan seekor ayam dan digelar sebagai BOTB.
3. Aktif dan menguasai meja/pentas

Kenapa BOTB diadakan?

BOTB diadakan kerana untuk melihat ayam-ayam juara yang telah dipilih pengadil bagi setiap kategori agar boleh dipertontonkan kepada semua peminat dan kemudian akan disatukan dalam acara BOTB bersama-sama pada meja berasingan bagi melihat ayam mana yang terbaik dari segi Gaya. Ini kerana aksesori telah dinilai pada setiap kategori, maka adalah tidak adil contohnya untuk ayam berlawi berlawan dengan ayam tiada lawi dan pastinya dari segi nilai ayam ada lawi akan lebih tinggi nilai kecantikkannya, Oleh itu, penilaian aksesori tidak dinilai bagi acara BOTB.

BOTB hanya menumpukan kepada penilaian Gaya sahaja. Ini mengambilkira kelebihan ayam serama yang tiada pada ayam lain didunia, iaitu ayam yang bergaya. Maka dengan itu, ayam BOTB bagi seekor serama disesuatu pertandingan adalah seekor ayam yang dinobatkan sebagai juara kategori dan mempunyai Gaya yang paling tinggi pada pertandingan yang dilangsungkan tersebut.

Apa beza BOTB dan Ayam Gaya Sahaja (AGS)

Ayam AGS merupakan satu kategori pertandingan sampingan yang hanya menilai kepada gaya. Tetapi bagi kategori ini, ayam tersebut tidaklah perlu juara kategori kerana syaratnya dilonggarkan kepada ayam yang rosak balung atau ekor tidak siap sebagai contohnya. Maka itu ayam juara kategori ini adalah tidak layak untuk dipertandingkan sebagai salah satu kategori untuk BOTB kerana aksesorinya telah awal-awal tidak mencukupi syarat baginya untuk layak menyertai BOTB.

Apakah Raja Kibas?

Raja kibas adalah ayam yang dinilai dari segi terbanyak kibasannya dan dibuka penyertaannya kepada umum. Ayam kategori ini hanya menilai jumlah kibasan lengkap tanpa mengambilkira sequence atau turutan bagi gaya, contohnya jika ayam tersebut selepas berkibas tidak menarik leher kebelakang/selam malahan lehernya maju kedepan ianya tetap diambilkira. Oleh itu ayam juara kategori ini  juga tidak layak menyertai acara BOTB kerana syarat kemasukkannya tidak menitikberatkan aksesori dan gaya. Ayam yang rosak balung dan tidak siap ekor juga boleh menyertai kategori Raja Kibas.

Semoga ulasan ini dapat mejawab persoalan dan sebagai perkongsian ilmu untuk kita peminat serama.

SMk

No comments: