Monday 11 February 2019

Lawatan Reban


Oleh kerana kebelakangan ini, SMk agak sibuk dengan aktiviti harian maka banyak post yang sepatutnya SMk upload keblog telah tertangguh. Ini ditambah dengan masalah aplikasi blogging pada android yang tidak konsisten seterunya telah menghalang update post diblog SMk. Maka untuk upate, terpaksa SMk mengunakan PC.

Semalam, reban SMk telah dilawati oleh peminat dari Sibu bernama Lolen Wong dengan ditemani oleh Pak Ya iaitu player serama dari KPASS. Oleh kerana banyak ayam jantan berpontensi game telah bertukar tangan, maka lawatan kali ini cuma boleh memaparkan isi kandungan reban yang terdiri dari kebanyakkannya anak betina dan juga projek-projek breeding yang telah SMk lakukan.

Semoga lawatan pihak mereka ini dapat memberi mereka manfaat terutama dalam pertukaran buah fikiran dalam hobi berserama. SMk mengucapkan, ribuan terima kasih atas kunjungan ini kerana ianya sebagai satu penghormatan buat SMk atas hobi berserama.

SMk

No comments: