Wednesday 20 February 2019

Produktiviti

Buat masa ini reban SMk agak sibuk dengan breeding dimana ada 10 pintu reban breeding tengah aktif. Malam ini sahaja seekor induk iaitu dari pasangan kepada F3 telah mengeram dan induk tersebut telah SMk asingkan kebilik lain bagi proses mengeram. Induk baru telah SMk masukkan sebentar tadi bagi mengantikan induk tersebut.

Semua sekali induk tengah mengeram, terkini terdiri dari 7 induk dari beberapa pasangan. Kebanyakannya akan menetas sekitar awal dan pertengahan bulan mac ini.

Bagi induk yang tengah membawa anak pula sebanyak 4 ekor induk. Setakat ini anak ini dibawah umur dua minggu dan masih nampak sihat. Semoga ianya terus sihat dan membesar dengan baik.

Untuk kali ini, SMk lebih fokus kepada menyimpan anak-anak ayam ini untuk dijadikan pelapis reban. Tiada rancangan bagi SMk untuk melepaskan anak-anak reban yang ada ini untuk ketika ini.

Jika ada yang benar-benar berminat dan sanggup membayar harga yang tinggi, barulah SMk akan fikirkan terlebih dahulu. Ini adalah bagi menjaga supaya tidak berlaku lebihan ayam berpontensi game diluar bagi mengelakkan player mengambil acuh tak acuh tentang pertandingan ayam serama. SMk juga tidak gemar jika ayam terlalu banyak hingga tidak lagi dihargai. Oleh itu, bagi SMk sebagai tanggungjawab kepada industri, SMk lebih berharap agar ayam serama lebih dihargai dan disayangi. Maka jadi untuk itu, ayam direban SMk hanya akan dilepaskan jika SMk rasa sesuai. Namun tidak untuk tempoh masa ini.

SMk

No comments: