Monday 13 April 2020

Ada Pertanyaan Tentang Penganjuran Game Serama Online.


Ada beberapa pertanyaan dan cadangan kepada SMk berkenaan dengan bab penganjuran pertandingan ayam serama online yang SMk anjurkan pada setiap hari khamis di musim PKP ini.

Soalannya adalah seperti berikut :

1. Kenapa tidak ada hadiah?

2. Yuran kenapa tidak di kutip?

3. Kenapa game ini dianjurkan sebenarnya tuan?

Menjawab soalan diatas, SMk menjawab bergini...

Bagi soalan pertama, Hadiah tidak disediakan kerana tiada peruntukkan khas disediakan oleh mana-mana individu mahupun organisasi malahan persatuan serama. Ianya adalah adalah atas initiatif SMk sendiri yang tidak membabitkan mana-mana pihak lain. SMk menguruskan semua dari pendaftaran, penerimaan video, penilaian, perkiraan jumlah mata skema, dan pengumuman. 

Soalan kedua pula, semasa SMk mengumumkan untuk mengadakan pertandingan ONLINE pada mulanya SMk mengenakan bayaran RM5.00 namun sambutan amat kurang sehingga SMk akhirnya telah menukarkan syarat pertandingan dan tema pertandingan kepada satu pertandingan yang lebih santai tanpa yuran tanpa hadiah. Alasan yang dinyatakan peserta kebanyakkan adalah sukar untuk melakukan transaksi di mesin ATM walaupun bagi SMk, sebenarnya boleh sahaja kalau nak lakukan transaksi bank secara online. Namun, SMk lebih berfikiran terbuka dan tidak memikirkan perkara sebegitu sebagai masalah utama. Oleh itu, penganjuran secara happy-happy adalah jalan yang terbaik.

Untuk soalan ketiga, Pertandingan ini diadakan adalah supaya ianya dapat sedikit sebanyak membantu untuk memeriahkan hobi berserama dan bakal menjadi satu aktiviti bagi peminat serama sepanjang PKP yang tengah dikuatkuasakan pada ketika ini. Persiapan video memerlukan peserta berada dirumah masing-masing maka itu turut membantu peminat serama agar kekal dirumah.

Semoga dengan adanya usaha yang SMk lakukan ini, harapan SMk, kuranglah ayam-ayam game yang telah siap sebelum ini dari dijadikan pembaka reban atau jika tidak bernasib baik, disembelih pada musim ini. 

Semoga penyakit Covid 19 cepat hilang dari muka bumi ini, Aamin.

SMk

No comments: