Sunday 9 August 2020

Jualan Di Tutup

 

Sebelum ini SMk telah membuat keputusan untuk menutup jualan ayam serama direban SMk bagi memberi laluan kepada pencarian ayam pembaka di reban SMk. Bagi tempoh kritikal ini, SMk telah melipatgandakan projek breeding yang sedia ada berhasil memperolehi 6 ekor anak ayam sepanjang tempoh PKP yang lalu. 

Namun dengan jumlah yang ada itu, ianya masih belum mencukupi bagi SMk mengantikan pembaka reban yang sedia ada. Oleh itu, jualan ayam serama akan terus ditutup sehingga segalanya menampakkan impak yang lebih konsisten. Setakat ini, SMk telah berjaya mendapat pelapis bagi line Fire, Ryan Pok Syed, Limau Purut, Mahizan Mohamad dan Meng KB. 

Usaha dan penumpuan perlu diberikan kepada line yang lain selepas ini bagi mendapatkan pelapis pembaka yang lebih seimbang. Bulan hadapan juga, SMk akan mula memasukkan Kotak Brooder bagi memudahkan induk menjaga anak2 ayam yang sedia ada. Manakala, susun atur reban juga akan diatur semula bagi membanyakkan pengcahayaan direban kearah yang yang lebih maksima. 

Semua ini akan SMk lakukan berperingkat mulai minggu ini. Semoga segalanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan. Aamin. 

Susah payah hanya seorang breeder saja yang mengetahunya, namun kearah impian, tetap kita gagahi ke hadapan tanpa mengira gejolak ranjau dan duri didepan. yang penting kita tidak menganiayai orang dan usaha sendiri, pasti ada kejayaan dari izin Allah. 

SMk



No comments: