Friday 28 August 2020

Tanya Jawab Ayam Serama 28/8/2020

 


Hari ini SMk telah membuat satu rakaman video bagi sesi Tanya Jawab tentang ayam serama dengan mengunakan Mic yang disambungkan dengan S8 SMk. Namun, bagi SMk sendiri ianya agak mengecewakan dari segi audio berbanding semasa rakaman dilakukan dengan Nikon Coolpix SMk. 

Mic digunapakai kali ini adalah bagi penambahbaikan dan mengambilkira input pengunjung Youtube SMk yang mengatakan suara video tidak jelas. 

Oleh itu, bagi video yang akan datang SMk akan cuba membuat satu sudut khas bagi segmen video Youtube SMk berbanding sebelum ini. Rakaman sebelum ini adalah dirakam didalam reban Ayam Serama, oleh itu bagi video yang akan datang, SMk akan setup satu sudut diluar reban SMk bagi tujuan rakaman video Youtube SMk. 

Semoga apa yang dirancangkan ini dipermudahkan dan diizinkan Allah s.w.t hendaknya. Aamin.

SMk

No comments: