Wednesday 16 September 2020

Musim Hujan

 


Nampaknya Kuching sekarang mengalami musim hujan yang berterusan sejak minggu lepas. Oleh itu, suka SMk ingatkan kepada semua peminat ayam serama di Sarawak terutama dikawasan Kuching agar memastikan reban mereka sentiasa didalam keadaan kering dan selamat dan tidak terlalu lembab. 

Bagi mengekalkan suhu yang stabil, adalah disarankan agar pengunaan lampu juga digunapakai ketika ini dan bagi reban indoor pastikan pengcahayaan adalah mencukupi bagi mengelakkan ayam menjadi monyok seterusnya menjadi kurang aktif dan seterusnya boleh sakit. 

Makanan ayam juga perlu dipastikan sentiasa kering dan tidak terkena air hujan kerana jika makanan terkena air atau berkeadaan basah dan lembab ianya akan cepat merosakkan makanan dan juga menyebabkan kelembabpan yang tinggi didalam reban. Ayam serama mudah terkena penyakit jika keadaan reban yang agak lembab dan basah. 

Pastikan juga reban pengasuh / brooder dan induk yang membawa anak juga tempatnya terlindung dari terkena angin yang datang secara terus. Jika perlu pasangkan tirai sangkar terutama bagi peminat yang memelihara ayam serama mengunakan sangkar berbanding reban kayu. 

Semoga ayam serama kita senantiasa sihat dimusim hujan sekarang ini. Kasih sayang kita untuk ayam serama kita menentukan kelestariannya direban kita. Ayam serama kita adalah tanggungjawab kita. 

SMk

No comments: