Showing posts with label FireBlades. Show all posts
Showing posts with label FireBlades. Show all posts
Wednesday, 28 September 2016
Update Bloodlines FireBlades
Ayam nampak cantik dengan penjagaan yang amat baik oleh pemiliknya iaitu Mohd Zahid dari Petaling Jaya. Bilah ekor ibunya memang nampak kuat ke arah Fire dan amat cantik. Tahniah kepada tuannya, ayam ini dibeli masa anak A kalau tak silap SMk. Semoga ayam ini terus sihat dan menjadi pembaka kepada reban beliau nanti.
Ayam dimeja ini adalah adik kepada batch ayam milik Mohd Zahid, mempunyai ciri-ciri yang kebanyakkan sama terutama dari segi muka, bentuk balung dan kedudukan tubuh. FireBlades asalnya adalah line VIP yang SMk upgrade dengan lebih menumpukan kepada warna lebih kearah ara dan SMk panggil Bloodlines FireBlades.
Alhamdulillah, SMk tupang gembira kepada Mohd Zahid. Memang cantik ayam dia ni. Dibawah ada 2 lagi gambar ayam Zahid untuk hidangan mata.
SMk
Monday, 13 June 2016
Alhamdulillah, Bloodline Fire 2.0 iaitu FireBlades Generation telah mula menampakkan hasil. Ayam ini memang telah dibreed dikampung dijaga oleh adik SMk tetapi dipantau rapi pembiakannya oleh SMk sendiri bagi memastikan Fire 2.0 ini berjaya menjadi kenyataan.
Pasti ada yang bertanya apa bezanya ayam ni dengan baka Ara yang ada? Macam special sangat...
Jawapannya selain kepuasan individu, SMk mengunakan darah Fire yang ada iaitu SUB/SG=Fire bagi mendapatkan warna ini dan tiada penglibatan baka ara langsung untuk projek ini digunakan. Semua Pembaka dan Induk untuk projek ini mengunakan anak reban SMk yang telah dihantar ke Sarawak pada tahun lepas. Dari segi cutting balung dan gaya memang menyerupai legasi Fire kuning yang ada. Cuma berbeza pada warnanya. Ketiga-tiga pejantan ini akan digunakan sebagai pembaka asas bagi meneruskan generasi FireBlade nanti direban SMk di Sarawak nanti. Tetapi bagi penyertaan game, SMk masih menumpukan Fire 1.0 (Kuning) untuk tujuan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)



