Showing posts with label pertandingan ayam serama di kota semarahan. Show all posts
Showing posts with label pertandingan ayam serama di kota semarahan. Show all posts
Saturday, 11 August 2018
Wednesday, 2 May 2018
Pertandingan Ayam Serama di Summer Mall
Alhamdulillah, di pertandingan kali ini di Summer Mall iaitu pada 29 April 2018 sekali lagi DirtyAryan telah berjaya menempatkan dirinya menjadi juara bagi kategori ATL dan seterusnya berjaya menampilkan gaya yang konsisten semasa acara BOTB dan menjuarai acara tersebut.
Joki DirtyAryan kali ini adalah Akub seorang peminat serama di Matang yang juga ahli PKKASK. Sebelum bersurai, ahli-ahli PKKASK mengambil kesempatan yang ada untuk merakamkan memori penyertaan kali ini.
SMk juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur pertandingan tersebut. Semoga dilain masa kita boleh bersukan kembali. Terima kasih.
SMk
Thursday, 8 March 2018
Pertandingan Suka Suki Ayam Serama di Semera
Suka Suki Semera
Tempat : Masjid Semera
Tarikh : 25 Mac 2018
Terbuka kepada semua peminat ayam serama di sekitar kuching dan Kota Semarahan.
Semua kategori akan dipertandingkan dan untuk memeriahkan suasana kali ini, pihak PKKASKS akan membuka satu kategori Raja Kibas Semera pada hari berkenaan.
Seprti pertandingan Suka Suki yang diadakan sebelum ini, pihak PKKASKS amat menitik beratkan silaturahim dan juga suasana bekerluarga bersama peminat. Tujuan Suka Suki diadakan adalah lebih kepada mendidik dan menyampaikan ilmu kepada para peminat yang hadir. Kejuaraan bukanlah perkara pokok kerana Suka Suki ini sesuai dengan namanya adalah merupakan aktiviti bulanan pihak PKKASKS bagi berkumpul dan melakukan aktiviti berserama bersama-sama.
SMk
Penganjuran Pertandingan Ayam Serama anjuran PKKASKS
SMk mendapati ada pihak yang mengunakan gambar diatas dimedia sosial dan ini menunjukkan bahawa PKKASKS telah berjaya membawa permainan ayam serama ini di bumi kenyalang. Walaupun pada mulanya, persatuan ini agak dilihat sebagai sesuatu yang baru dan seolah-olah tidak mampu. Maka hari ini, gambar-gambar diatas telah menjadi bukti kejayaan PKKASKS dalam menganjurkan aktiviti malahan pertandingan diperingkat yang agak tinggi di Sarawak sehingga kini.
Cuma harapan SMk, jika pengunaan gambar diambil dari PKKASKS dari camera view ahli PKKASKS maka sebaiknya, pihak yang mengunakannya meletakkan kredit pada atau meletakkan nama PKKASKS dibawah gambar berkenaan. Ini kerana ianya merupakan hak kepada PKKASKS.
SMk
Monday, 13 November 2017
Perjuangan Bon Summer Mall
Assalamualaikum, Pada Pagi tadi 12/11/2017 SMk dan Aman Apm telah hadir ke bon di Summer Mall untuk bersama-sama ahli PKKASK yang lain yang turut juga berada disana untuk menyertai pertandingan.
Ayam SMk kategori Remaja
Ayam remaja SMk sangkar nombor 11
Ayam SMk kategori Muda
Ayam Muda SMk sangkar nombor 12
Ini pandangan dari view jauh yang menampakkan persembahan semua ayam
View yang lebih dekat
Untuk kali ini walaupun tiada rezeki acara BOTB SMk dan Aman Apm berjaya mendapat Juara kategori Muda dan tempat ketiga untuk kategori Remaja setelah kalah timbang kerana markah yang sama.
SMk
Subscribe to:
Posts (Atom)









