Sunday, 3 April 2016
Bloodline Fire
Alhamdulillah, anak-anak line Fire yang dibawa dari telur pada waktu cuti yang lepas telah membesar dengan baik. Nampak ada dua atau tiga ekor dari enam ekor tersebut adalah anak jantan. Tarikh tetasan anak-anak ini adalah pada 17 Mac 2016.
Anak tina dari batch ini akan dimasukkan semula dengan pembaka III iaitu FireSpring12 bagi memacu generasi ini dengan bloodline Fire agar menjadi dominan.
Smk
Saturday, 2 April 2016
Anak baru
Setelah Smk kembali ke Kuantan, bebrapa induk telah menetas dan nampaknya rezeki kemeriahan reban Smk tetap meriah seperti biasa.
Rezeki anak-anak reban, nampaknya ada merah dan kuning untuk hasil kali ini. Ada beberapa lagi induk mula nampak masuk mengeram kembali semoga bertambahlah banyak hasilnya nanti.
FireSharp juga nampak berserabut setelah lama tidak dimandikan, kita akan mandikan lepas ini semoga bertambah bersih dan nampak lebih terurus. Kesian dia, penat-penat buat anak sampai dirinya tak terjaga.

FireChamp
Demi sebuah persahabatan, dan bagi melebarkan legasi Fire di kuantan, Smk telah memberi FireChamp kepada Pok Nep diPeramu Tanjung Lumpur. Semoga dengan adanya FireChamp ditangan beliau akan menambahkan keceriaannya pada beliau dan menjadi satu langkah untuk beliau serius dalam dunia serama di masa akan datang insya Allah.
Smk
Lawatan sahabat En. Ibi
Semasa Smk berada di kampung, Smk turut dikunjungi oleh sahabat Smk iaitu en, Ibi. Beliau adalah pemilik kepada jantan iaitu adik beradik kepada FireSpring12 Smk. Terima kasih Smk ucapkan kepada en. Ibi sebab berkunjung ke rumah ayah kita di Bandar Baru Semariang. Ini merupakan kali pertama Smk menerima kunjungan dari peminat serama di Kuching. Walaupun Smk berasal dari Sarawak, tetapi oleh kerana kebanyakkan masa Smk adalah disemananjung maka ianya menjadi sesuatu yang baru bagi Smk. Semoga pada masa akan datang Smk akan bertambah semangat dalam memelihara serama terutama apabila tiba waktu Smk berpencen nanti.
Smk
Fire's
Alhamdulillah.... rezeki Smk mudah sekali ya Allah. Terima kasih Allah semua sekali 6 biji telur line Fire ini telah menetas dengan sihat. Kemungkinan yang last sekali ada ekor kelabu itu kemungkinan ada. Kita tunggu nanti tiba masanya.
Smk telah menyediakan brooder dengan mengunakan bekas palstik (container) dengan atasnya diletak dawai dan dipasang dengan lampu jimat elektrik jenama philip dengan 15 watt. Manakala lantai atau lapiknya Smk mengunakan karpet jenis nipis agar suhu didalam bekas tersebut tidak terlalu panas dan terlalu sejuk. apabila bulu anak-anak ini telah penuh bulu iaitu menjadi anak B siap, maka lampu tidak lagi digunakan.
Smk
Projek Smk
Inilah projek Smk untuk tahun 2017 nanti. Bloodline ini akan digunakan sebagai asas untuk pembiakan serama bagi reban Smk di kuching nanti apabila bersara. Tetapi projek ini telah berjalan awal sejak awal tahun 2016 sekarang masa dikampung pun, FireSpring12 dan induk Misz A400M ini telah mula bertelur, semoga ada hasilnya nanti. Juga telur yang dibawa dari Kuantan nanti, jika ada bertina akan dimasukkan dengan pembaka FireSpring12 supaya menjadi lebih kuat darahnya menyamai reban Smk di Kuantan agar selari.
Balik ke Sarawak
Setelah agak lama tidak balik ke kampung, Smk berkesempatan bercutu dan balik ke kampung selama seminggu. Alhamdulillah, pasangan FireSpring12 yang Smk kirim ke Sarawak pada hujung tahun lepas telah meningkat dewasa dan sedap dipandang.
Balik kali ini juga, Smk telah membawa 6 biji telur dari reban Smk di Kuantan iaitu dari line Fire bagi memeriahkan projek bagi akhir tahun 2017 nanti apabila Smk bersara.
Alhamdulillah, semua telur ini selamat dimasukkan ke dalam inkubator. Inkubator ini juga Smk telah hantar pada awal tahun ini bagi projek Smk. Sememangnya tidak mengecewakan. Terima kasih sahabat Smk iaitu syafik N9 yang membina khas inkubator buat Smk.

FireIced
Sebelum Smk bertolak ke Sarawak, Smk telah menyerahkan FireIced kepada pemilik barunya iaitu saudara Zack Zacarea dari Kuantan. Semoga ayam ini akan menjadi penambah semangat buat beliau dalam dunia serama. Insya Allah akan mudah breeding dimasa akan datang dengan mengekalkan ciri-ciri cuttingnya.
Smk
Smk
Saturday, 20 February 2016
FireRain SOLD
FirRain juga telah dijual kepada geng muda pekan pada awal bulan Februari. Semoga berbaktilah kepada anak muda dan melebarkan line Fire di serata tanah Pahang.
SMk
Diborong Abg Long Pekan
Minggu lepas, beberapa ekor ayam dari reban SMk telah dibeli oleh pihak pekan iaitu Abang Long Pekan. Kunjungan bertiga ini telah menyebabkan beberapa ekor telah bertukar geran. Terima kasih SMk ucapkan, semoga ayam yang dibeli dapat berbakti kepada pihak beliau.
Ditambah lagi beberapa anak A dengan jumlah semuanya adalah 8 ekor.
Terima kasih SMk ucapkan.
Ditambah lagi beberapa anak A dengan jumlah semuanya adalah 8 ekor.
Terima kasih SMk ucapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)