Showing posts with label bloodlines fire. Show all posts
Showing posts with label bloodlines fire. Show all posts

Sunday, 30 September 2018

Pelapis Induk Kandang



Empat ekor anak C ini adalah pelapis bagi induk kandang reban SMk bagi tahun 2019. Tina ini terdiri dari line Ara (BlackRose) dan seekor anak line Pok Syed (Ekor kelabu) dan seekor tina line Fire. Harapan SMk anak-anak ini akan dimaksimakan bagi proses breeding untuk mengeluarkan anak-anak game 2019.

Setakat ini semua anak-anak ini dalam keadaan sihat dan cergas. Anak ini juga telah divaccine bagi langkah pencegahan terhadap mana-mana penyakit yang boleh merosakkan usaha yang telah dicurahkan. Reban SMk amat mementingkan bab kesihatan ayam serama. 

SMk

Friday, 11 November 2016

Semakin Positif


SMk berharap jika ada seat kosong, betina ini SMk cadang untuk dibawa bersama ke Sarawak juga nanti. Ini kerana anak Fire ini dijaga SMk sejak kecil tanpa ibu. Maka tina ini agak memberi sentimental value pada SMk. Rasanya susah SMk hendak tinggalnya di Pahang.

SMk

Thursday, 13 October 2016

Anak Fire October


Alhamdulillah MiszRain telah menetas dan anaknya Yellow membawa bloodline Fire yang kuat. Harapan SMk anak-anak ini akan terus sihat hendaknya, Induk-induk lain masih mengeram dan kebanyakkannya akan due pada penghujung bulan ini. Sungguh meriah bulan Oktober iaitu bulan kelahiran SMk juga.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar, disamping memeriahkan reban di Sarawak dengan baka-baka legend, SMk juga perlu masih fokus mengeluarkan Fire dalam gred serta kualiti yang terbaik untuk dibawa juga ke Sarawak sebagai penimbal balas kepada hasil breeding disana, dimana akhirnya nanti reban SMk di Kuantan akan di cross breed dengan reban di Sarawak nanti.

SMk

Monday, 10 October 2016

Tahniah Poji


SMk mengucapkan tahniah buat rakan SMk di Kem TUDM batu 10 Kuantan kerana adik beradik FireOwl telah berjaya mengawan dan dikahwinkan dengan tina dari reban SMk juga. Nampaknya penyebaran baka Fire tetap berlaku cuma dalam skala yang kecil. 

Mungkin ada baiknya, kerana apabila dibreed oleh peminat-peminat terasing maka baka ini akan kekal pure berdarah reban SMk membawa kepada Bloodlines Fire yang dominan.

SMk

Wednesday, 14 September 2016

Serama FireFz ke Gurun Kedah


Pada cuti Hari Raya Aidil Adha yang lalu, SMk telah menyerahkan FireFz (berdarah Vis) kepada abang Mad Sop (FB) atau yusof digurun. Pada masa yang sama juga SMk turut memberi seekor betina darah (Carl D'Pingiran) dan remaja (Carl D'Pingiran). 

Semoga berbakti kepada abang yusof di Gurun nanti. Ini kerana SMk dalam proses mengurangkan kuantiti direban SMk bagi memberi laluan hanya kepada breeding untuk mendapatkan telur-telur yang jika berpeluang akan SMk bawa balik bercuti jika diizinkan pada cuti sekolah yang akan mendatang nanti dihujung tahun. 

Semoga segala perancangan yang SMk rancangkan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah s.w.t.

SMk

Thursday, 25 August 2016

Anak MiszAztec update


Semakin sedap mata memandang anak MiszAztec ni. Cuting nampaknya slim tinggi dan halus. Lebih kepada tina gayanya. Apapun ini adalah rezeki reban SMk.

SMk

Anak MiszAztec update


Semakin sedap mata memandang anak MiszAztec ni. Cuting nampaknya slim tinggi dan halus. Lebih kepada tina gayanya. Apapun ini adalah rezeki reban SMk.

SMk

Sunday, 3 April 2016

Bloodline Fire


Alhamdulillah, anak-anak line Fire yang dibawa dari telur pada waktu cuti yang lepas telah membesar dengan baik. Nampak ada dua atau tiga ekor dari enam ekor tersebut adalah anak jantan. Tarikh tetasan anak-anak ini adalah pada 17 Mac 2016.

Anak tina dari batch ini akan dimasukkan semula dengan pembaka III iaitu FireSpring12 bagi memacu generasi ini dengan bloodline Fire agar menjadi dominan.

Smk