Monday 9 May 2016

Hilang punca dengan serama? Perbetulkan niat kembali.


Akhir-akhir ini kedengaran banyak peminat serama di Kuantan yang seakan-akan hendak menarik diri dari meneruskan minat berserama. Secara specifiknya ikut perkiraan Smk adalah sekitar 4 atau 5 orang. Ada yang hendak mengosongkan reban dengan menbuat jualan murah dan sebagainya. Tindakan ini seolah-olah hendak menekan pengurusan PSTG. Tetapi atas sebab apa sebenarnya Smk sendiri pun tidak mengetahui secara mendalam. Perjumpaan mingguan pun Smk telah tidak dimaklumkan seperti dahulu.  Kemungkinan juga mereka tidak menyukai Smk sendiri, itu pun boleh jadi kerana sifat Smk yang terlalu transparent dalam memberi pandangan. Cuma niat Smk selama bermain serama selama ini ialah berkata jujur biar pun kita tahu orang tak suka, kerana Smk tidak suka berselindung. Smk dapati ramai juga yang menarik diri dari group Whatapps yang dibina atas dasar minat yang sama. Maka ini seakan-akan tindakan yang seperti dirancang.

Tetapi bagi pendapat Smk tentang perkara ini sebenarnya, kerana ini lumrah dalam dunia serama. Ianya bermusim kecuali bagi peminat-peminat tegar ayam serama sahaja yang akan bertahan dengan hobi yang Smk sifatkan sebagai hobi yang banyak gossip liar, kedengkian dan pelbagai keburukan jika difikir secara negative. Tetapi jika berfikir secara positif apapun masalah pasti ada penyelesaian kerana jika berminat kita akan sanggup berhabis masa dan wang ringgit. Oleh itu bagi Smk, people come and go. Tapi biarlah itu mereka, Smk akan tetap dengan hobi kesayangan Smk. Kita tidak boleh memaksa untuk orang berminat dengan hobi kita, Semoga apa yang dikehendaki oleh mereka memberi satu ketenangan buat mereka. Hobi untuk pengisian diri dan bukan untuk membina stress. Oleh itu, Smk amat pasti ada hikmahnya.

Mungkin betul kata orang lama-lama yang Smk kenal, jika hobi berserama dijadikan bisnes dan baka atau kata-kata individu yang diutamakan maka akan timbul dengki dan kianat kerana ianya sinonim dengan orang melayu. Insya Allah Smk akan terus memeriahkan suasana berhobi serama ini di Kuantan khasnya dengan apa sahaja sumber yang Smk mampu. Seperti biasa, dengan anak reban sendiri pastinya.

Sebabnya dari dahulu, Smk lebih positif sehingga tertubuhnya PSTG hingga sekarang. Sesungguhnya usaha membina PSTG tetap akan menjadi sejarah bagi Smk kerana berjaya menjadikannya satu kenyataan atas usaha yang Smk kira sebagai sesuatu yang penuh cabaran.

 Apa sahaja yang terdaya Smk akan usahakan. Usaha tangga kejayaan. Mestilah dicuba baru tahu endingnya. Jangan menyerah sebelum bertempur. Cogankata yang Smk genggam dalam hati. Biarlah Smk dibenci tetapi Smk tetap tidak membalas kebencian dengan maki hamun, Smk lebih memandang tinggi pada nilai persahabatan. Bagi Smk mereka tetap sahabat Smk walaupun pandangan mereka adalah sebaliknya. 

Smk ada lebih kurang baki satu tahun tempoh untuk berada di Kuantan sehingga bulan Julai 2017, oleh itu Smk akan gunakan masa yang ada untuk ke game bagi mewakili PSTG sedaya yang mungkin. Smk terbuka kepada mana-mana sahabat yang nak bersama dengan Smk untuk meneruskan perjuangan PSTG ini pasti Smk terima dengan hati yang terbuka.

Rasanya, akan ada game besar selepas ini yang akan diadakan diantaranya:

  • a.       Game Kedah (21 Mei 2016)
  • b.       Game KB (4 Jun 2016)
  • c.       Game Kenyir (Ogos)
  • d.      Game Penang  ( 17 September 2016)


Smk akan menumpukan game diatas sebagai penyertaan PSTG yang akan Smk hadiri sendiri. Ini akan tetap Smk lakukan selagi berada di Kuantan. Bagi merealisasikan misi ini, Smk tidak akan melepaskan anak reban atau ayam dari reban Smk buat masa ini kerana Smk akan berusaha mengeluarkan ayam-ayam yang berpotensi untuk Smk bawa menyertai game.

Selepas meninggalkan Kuantan, Smk akan memulakan perancangan yang baru bagi hobi Smk. Smk merancang untuk membina satu reban baru dengan Branding semula jenama Fire bloodline Smk kearah yang lebih khusus dengan ciri-ciri yang lebih Smk minati.

Apabila itu berlaku, Smk akan meninggalkan sebarang tugasan, penumpuan kepada PSTG dan menyerahkan semuanya secara total kepada ahli yang ada. Maka terpulanglah kepada ahli yang ada untuk merancang atau memanfaatkan peluang yang ada dan mencapai kemajuan yang lebih baik kearah masa depan PSTG itu sendiri. Ini kerana Smk tidak boleh selama-lamanya berada untuk PSTG bagi memastikan aktiviti yang dirancang sentiasa berjalan lancar. Akhir kata semoga PSTG sentiasa Berjaya dimasa hadapan.


Smk

2 comments:

Serama Malaya said...

Ambo lone ranger saja Abe Man.... Malas nak pening kepala... Alhamdulillah masih lagi bela serama dari dulu hingga kini....hahahaha..

Serama Man k (SMk) said...

takpelah.. sebelum kita tinggalkan Pahang, kita cuba bantu juga apa yang termampu. Nanti dah di sarawak kite solo juga rasanya..