Tuesday 31 May 2016


Semalam petang Smk telah dihubungi oleh sahabat baru kita iaitu Faiz Serama Selatan berhubung perkara seperti gambar diatas. Beliau menyatakan perkara tersebut telah dipanjangkan kepada tuan Hj Nor Marang bagi memohon pandangan dan mengikut perbualan mereka dinyatakan Hj Nor bersetuju secara dasarnya. 

Oleh itu mereka mencari seorang yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memegang tabung dana tersebut. Maka itulah tujuan Faiz menghubungi Smk, iaitu supaya Smk diamanahkan dan bertanggungjawab keatas tabung dana tersebut. Dinyatakan oleh Faiz, dana itu hanya akan digunakan apabila pungutannya sudah sesuai dan perkara tersebut akan dimaklumkan semula kepada Smk. Timbul juga perkara mengenai kutipan atau pungutan wang mesti melalui pertubuhan berdaftar, tetapi perkara ini disangkal oleh Hj Nor kerana menurut beliau perkara ini adalah atas initiatif individu.  Mungkin pada masa akan datang, penubuhan dana ini juga boleh membuka ruang kepada penjanaan dan membuka ruang bagi penubuhan Serama Malaysia yang baru pada pandangan peribadi Smk sendiri. Cuma yang penting adalah positif kearah kemajuan serama. Semoga usaha ini mendapat liputan dan sokongan semua peminat serama di Malaysia.

Faiz juga menyatakan, dia akan memulakan program ini pada Bon Tanah Merah yang akan datang. Semoga segalanya berjalan lancar. Tahniah buat anak muda seperti Faiz yang mempunyai visi yang baik untuk komuniti serama.

Demi perkembangan baik untuk serama, pastinya Smk akan memberi sokongan yang sewajarnya kerana bidang serama ini adalah hobi yang Smk sangat minati. Pastinya kita mahu hobi ini dijulang dan ditempatkan ditempat yang sewajarnya sebagai warisan kesenian permainan melayu.

Smk

5 comments:

Serama Malaya said...

Kutipan Derma Perlu Permit Polis

PULAU PINANG, 15 April (Bernama) -- Individu, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memohon permit polis terlebih dahulu sebelum boleh mengutip derma daripada orang ramai.

Ketua Polis Negeri Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata sebarang kutipan derma tanpa permit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 3(2) dan 3(3) Akta Kutipan Rumah ke Rumah dan Jalanan 1947.

Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas penahanan tiga lelaki di Persiaran Gurney di sini dua hari lepas yang memungut derma tanpa permit bagi sebuah pertubuhan kanak-kanak kurang upaya di sini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada enam pertubuhan kebajikan di negeri ini daripada Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SDPRM) Pulau Pinang sempena Hari Peringatan Polis ke-199.

-- BERNAMA

Serama Man k (SMk) said...

Kikih... 😂

Serama Man k (SMk) said...

Kikih... 😂

Serama Malaya said...

huhuhuhuhuhuhuhuhu...

Serama Man k (SMk) said...

kite cuba membantu je SM, lagipun sehingga hari ini masa saya membalas komen SM saya masih tidak dihubungi oleh Farid Serama Selatan berkenaan kutipam yang telah dilakukan sebelum ini atau sebarang maklumbalas terkini. Bagaimanapun saya masih optimis, jika benar2 positif saya boleh usulkan dengan pihak persatuan Serama Tok Gajah untuk menjadi penaung kepada kutipan tersebut, maka tiadalah timbul masalah dari segi perundangan..