Wednesday 10 August 2016

Kisah benar sebagai peminat ayam serama


Kejadian ini adalah kisah benar yang patut menjadi pengajaran buat semua peminat baru atau lama.

Peristiwa ini merangkumi 2 point utama namun berlaku sejak dari sebelum Ramadhan yang lepas hinggalah SMk menulis coretan ini.

SMk telah diminta oleh Farid balok untuk review serta mendapatkan ayam dari seorang breeder dari selangor (nama breeder tersebut SMk lupa). Urusan jual beli diuruskan oleh Farid sendiri setelah itu.
Ayam ini ada 2 ekor kalau tak silap, seekor ekor kelabu yang akhirnya diberi Farid kepada Firdaus Tudm untuk dibiakkan.

Kali terakhir SMk menghadirkan diri ke perjumpaan  STG di Bukit Rangin, SMk telah diberi seekor Induk betina dari Reban SAJ oleh Farid balok, pada mulanya SMk amat berat hendak menerima ayam tersebut dan menganjurkan agar ayam tersebut diberi kepada Sopi Bukit Rangin sahaja. Tetapi melihatkan reban yang penuh dengan alasan betina yang hendak diserah itu sakit dan perlu rawatan, akhirnya SMk mengalah dan menerima dengan ikhlas membantu.

Dalam masa yang sama, SMk menjaga ayam jantan Muda milik Pije Inderasempurna kerana beliau bertugas di Sabah dan sebagai sahabat SMk ikhlas membantu untuk menjaga.

Selepas menyertai game Muzium Padi, 
SMk telah dihubungi Sopi Bukit Rangin, mohon pandangan tentang ayamnya sama ada boleh dibawa ke game dan kalau dijual berapa?

KESILAPAN SMK 1

SMk memberi pandangan ikhlas dan juga menurut pengalaman SMk sebelum ini, SMk mengatakan Ayam ni Sopi boleh pergi jauh, kene gaya boleh lekat dan kalau lekat banyak kali boleh jual mahal juga. Tetapi jangan bawa ke game Ganu kerana nanti susah nak lekat. Sopi terus mengatakan "ayam kita tak layak game ke". SMk terus mengatakan, kenapa sebelum ini tak kirim pada SMk untuk dibawa ke game-game lain seperti Muzium Padi yang lepas. Last terus Sopi diam dan tak bertegur sapa.

SMk memberi pandangan tersebut bukan kerana SMk membenci orang Terengganu. SMk banyak kawan-kawan dari Terengganu. Cuma disana ayam berkualiti tinggi, jika game kecil ayam semua comel hebat-hebat saingan terlalu rapat adakah ayam tersebut akan terlekat sekurang-kurangnya saguhati? Pada pengalaman SMk memang tak akan lekat kerana jumlah ayam yang sedikit tetapi sangat berkualiti. Lagi satu budak-budak ni selalu memainkan perkataan bilur dan perli memperli. SMk hendak mengurangkan budaya tersebut maka SMk rela membawa ayam-ayam sahabat ke game luar tanpa minta duit minyak atau tol. Supaya semua bersemangat. Tetapi ini lah kesilapan SMk... kerana terlalu transparent dengan pandangan jujur SMk, akhirnya SMk dipulau.

Kemudian apabila bulan Ramadhan ditengah-tengah bulan, Pije kembali dari tugasan dan datang ke rumah. Pije datang untuk mengambil Jantan Mudanya yang ditinggalkan sebelum ini. Semasa Pije datang kerumah SMk, Poknep Peramu juga datang sekali. SMk serahkan Jantan Muda tersebut kepada Pije dan seekor betina kepada Pije sebagai buah tangan. Oleh kerana Poknep pun hadir sekali SMk berilah juga seekor betina sebagai buah tangan. Kerana takkan SMk bagi hanya pada Pije tapi sorang lagi melihat sahaja.

KESILAPAN 2

Ayam betina ada 5 ekor (termasuk induk Farid) yang SMk asingkan memang untuk diserahkan kepada sesiapa sahaja tanpa dijual kerana masa itu SMk mempunyai 30 ekor betina. SMk hanya mampu memiliki 25 ekor betina sahaja pada satu-satu masa kerana ketiadaan reban seperti rakan lain kerana SMk memelihara ayam didalam rumah. Betina 5 ekor tersebut SMk masukkan didalam satu sangkar dan masa hendak diserahkan pada Pije dan Poknep SMk ambil bergitu sahaja dan serahkan. Kesilapan SMk ialah dari 4 bertina kuning itu semuanya SG, saiz hampir sama dan paten juga hampir sama dan kemungkinan SMk terbagi induk Farid kepada Poknep. Kerana kesilapan inilah SMk telah dituduh(secara indirect) dikatakan seperti digambar dibawah.

3 ekor lagi betina SG SMk berikan kepada budak pekan tanpa mengetahui ayam mana satu ayam Farid. (Farid pun dah tahu sebelum itu ayam tersebut tak sihat dan SMk akan cuba merawat dan akan diserahkan saja kepada sesiapa yang nak). Kemugkinan besar Farid melihat ayam tersebut dirumah Poknep dan seterusnya SMk dilabelkan seperti gambar diatas. Kalau betullah bersahabat, kenapa salah seorang dari mereka tidak menghubungi SMk untuk mengetahui perkara sebenar? Jika salah SMk tak malu untuk menyatakan kesalahan SMk dan memohon maaf. Tetapi tiada niat langsung SMk hendak menipu kawan-kawan nak mengaku ayam tersebut baka Fire jika SMk benar-benar sedar kerana SMk rasa mesti SMk tersalah bagi induk. Itu sudah pasti. Lagipun bukan SMk jual ayam kawan-kawan. 

Sambungan PEMBAKA KELABU rumah Firdaus. 

Farid bertanya, "abg man, mana firdaus tudm? takkan sampai sekarang tak jadi buat ayam ekor kelabu? senyap je? kalau ye pun bagi lah sekor dua balik, takpun tunjuklah hasil" katanya.

Tindakan SMk sebagai kawan kepada kedua-duanya..

SMk pun hubungi Firdaus, bertanya khabar tentang ayam direban beliau. Dari Firdaus katanya .. "saya nak berhenti dahulu main ayam bang man.. banyak kerja sekarang ni.. ni pun duk kat utara ni kursus.. nanti abg call Aswad tudm ambil ayam saya kat reban bawak balik la bang man.. jiran pun bising ayam berbau sebab saya takde masa nak tgok ayam sekarang".. 

Sebagai sahabat SMk pun pergilah kerumah Firdaus ditemani Aswad tudm. Maka diserahkan lah semua ayam kebanyakkannya dari asal reban SMk dan seekor ayam kelabu pembaka milik Farid. Terpandanglah SMk akan 2 ekor anak C bertina yang comel selam boleh buat game. SMk bertanya pada aswad.. "ni ayam mana.. kalau anak kelabu tu bagilah".  Kata aswad "ni saya dah mintak kat firdaus bang". dah bergitu SMk pun diam dan balik kerumah dengan ayam-ayam tadi. Semua tahu SMk tidak banyak reban, jadi ayam dari rumah Firdaus yang asal reban SMk, SMk serahkan kepada Rizal Fahamee sebagai buah tangan. Diserah semua tanpa dijual kecuali pembaka ekor kelabu masih dengan SMK pada waktu ini.

SMk ceritakan pada Farid tentang ayam ekor kelabu tersebut, ada anak cantik. SMk bertanya bapak tu nak balik atau tidak. Dalam wasap jawabnya tak payahlah abg man bagilah pada sesiapa yang nak.

SMk bantu lah untuk berikan kepada sesiapa yang berkenan. Alang Panching dengar, dia pun kata berminat nanti dia akan ambil. Minggu berganti minggu alang tak nampak muka. SMk call alang dan bertanya, katanya dia ada diutara tanahair. Maka SMk kata takpalah alang, abg bagilah ayam ni pada orang lain sebab reban abg dah maksimum. Ada banyak ayam nak menetas lagi.

Akhirnya cara terakhir, SMk war-warkan dalam wasap STG Official. Pok Kemaman berminat dan akhirnya Pok turun ke Kuantan dan SMk serahkan.

PRAJUDIS

Apabila SMk membeli seekor ayam anak B ke C daripada Carl kerana Carl memerlukan duit jadi terpaksa menjual ayam yang agak cantik dan berpontesi. SMk beli dengan niat membantu meringankan beban kawan-kawan lagipun carl orang kampung SMk, apasalah nak bantu kawan-kawan.

SMk jaga ayam ini sehingga jadi seperti ini.. dan seperti biasa SMk akan pos ayam dalam jagaan SMk di FB. Itu memang kelaziman. Ayam ini SMk tidak namakan aliran FIRE kerana bukan FIRE. jadi SMk namakan sebagai nama Sonic yang menyatakan bukan anak reban.


Ayam ini cantik, tapi SMk terlupa ayam ini ekor kelabu. Rumah SMk line Fire mana ada ekor kelabu. Maka disinilah terus-terusan SMk dikata mengeluarkan anak reban ekor kelabu. Padahal SMk beli. 

SMk benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini, tetapi bagi SMk setiap yang berlaku ada hikmahnya. Maka kita kenal siapa kawan sebenar kita.

Oleh itu SMk nyatakan disini pengajaran buat pembaca-pembaca semua jangan buat kesilapan seperti SMk lakukan. Pengajaran dari peristiwa ini.

1. Jangan bantu dalam urusan jual beli nanti kita terikat.
2. Jangan sesekali menerima ayam dari sahabat untuk dijaga tanpa ada ikatan/akad samada diberi terus, dibayar atau sebagainya. Kalau cenderahati tidak apa, jangan dalam istilah.. jagalah cuba buat tengok. Ayat ini akan mengumpan kepada lebih banyak perkara buruk.
3. Jangan menjaga ayam kawan-kawan lebih dari 2 atau 3 hari.
4. Jangan bagi pandangan yang terlalu jujur seperti SMk lakukan, bukan SMk suruh tuan-tuan menipu. Tapi elakkan dari memebri pandangan terhadap ayam kawan-kawan.
5. Jaga-jagalah pembaca semua jika terbit ayam cantik dari reban anda, kerana ianya bukan sahaja mengembirakan anda juga akan menbuat anda kecewa dengan hasad dengki perangai sebenar manusia yang ternyata tidak boleh melihat kejayaan orang lain.

Semoga apa yang SMk lalui ini dapat menjadi pengajaran buat kita semua. Semoga Allah memaafkan kita diatas kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Amin.

SMk

2 comments:

Serama Malaya said...

Kesian abg man.. Jadi macam sy je la abe man.. Lone ranger forever.. Tak sakit kepala. Kikikikiki..

Serama Man k (SMk) said...

kikih.. betul dah tu.. tapi tu lah kita ni masih kuat nak ajak orang berserama dengan kita.. mungkin kita jenis yang tak pernah serik dan belajar dari kesilapan agaknya..