Friday 22 September 2017

Breeding Program Samariang Aman



Inkubator baru SMk telah beroperasi dengan beberapa biji telur telah dimasukkan kedalamnya.

Projek ini telah berjalan sejak sebulan yang lalu dan sekarang telah mulai menunjukkan hasilnya. SMk tidak mahu menunggu terlalu lama untuk induk masuk mengeram, biar buat sementara dimasukkan kedalam inkubator dahulu. Jika ada induk yang masuk mengeram, telur ini akan dipindahkan semula kepada induk tersebut.

Sebenarnya telah lama SMk tidak mengunakan inkubator bagi tujuan tetasan. Tetapi bagi permulaan di Samariang Aman jni, SMk merasakan perlu dilakukan penjagaan telur dengan inkubator sehingga reban yang siap sampai di Samariang Aman.

SMk lebih fokus kepada line game kerana hendak melonjakkan paradigma permainan serama di Sarawak. Ianya perlu dilakukan bagi menaik taraf kualiti ayam serama yang telah sedia ada.

Semoga usaha yang SMk lakukan ini dapat menarik lebih ramai peminat serama di Sarawak amnya dan Kuching khasnya.

SMk

No comments: