Tuesday 19 September 2017

Santai Pagi


Alhamdulillah, walaupun bermula dari bawah semula SMk merasakan momentum ini terus sekata dengan langkah. Setakat ini, SMk telah ada beberapa ayam yang berpontensi game walaupun hanya mengambil kira reban di Semariang Aman sahaja tanpa mengira reban yang dikampung yang diuruskan oleh adik SMk.

Kalau berterusan momentum ini menghala kehadapan, rasanya SMk berada di arah yang betul. Semoga Reban dan almari serama yang SMk tempah cepat siap agar SMk boleh menguruskan reban dengan lebih baik dan lebih efisyen.

SMk juga tengah menunggu masa yang sesuai bagi membawa inkubator di Reban B untuk dipindahkan secara tetap direban Semariang Aman agar SMk lebih memberi tumpuan kepada hasil breeding yang telah SMk jalankan sebelum ini.

SMk

No comments: