Sunday 17 September 2017

Raja Kenyir 2017


Assalamualaikum, selamat pagi dan salam sejahtera kepada pengunjung laman blog Serama Malaysia Ku. Semalam telah tamatnya persaingan bagi peminat ayam serama di seluruh Malaysia dalam mengejar gelaran di arena paling berprestige di Malaysia iaitu gelaran Raja Serama.

Pada kali ini, ayam milik DR Fakru asuhan Mahizan (Jang Botak) telah merangkul gelaran Raja Kenyir yang diidam kan oleh peminat serama di seluruh dunia. SMK cover sedikit berkenaan ayam ini sebagai rekod yang perlu didokumentasikan bagi maklumat sahih dimasa hadapan. 

Ayam ini Juara bagi Kategori Ayam B dan merangkul BOTB seterusnya dinobatkan ayam terbaik dengan gelaran Raja Kenyir bagi 2017. Ayam ini anak kepada Rocky Zul Khafilah tetapi DR Fakru beli dari Waqie. Itu serba sedikit maklumat yang walaupun sedikit tetapi amat mahal dan bermakna kepada pencari-pencari baka yang terbaik sepanjang 2017-2018 nanti.

Tahniah kepada semua peminat serama yang hadir ke game terbesar Malaysia ini dan cuba lagi kepada yang kurang berjaya. Terima kasih juga kepada persatuan Serama Terengganu dan Ketengah atas penganjuran ini yang dapat memartabatkan seni ini sebagai satu tarikan antarabangsa.

Senarai penuh keputusan seperti yang dinyatakan oleh Jang GFour

KEPUTUSAN RAJA SERAMA TASIK KENYIR 2017
KATEGORI SERAMA A
1 018 DIN KOTA BHARU 86.5
2 021 PAK SU KB KOTA BHARU 86.5
3 017 SRI KOTA KOTA BHARU 86.0
KATEGORI SERAMA B
1 007 FAKRU SERAMA TERENGGANU 86.5
2 027 MIE KB KELANTAN 86.5
3 003 FAIZ SERAMA SELATAN JOHOR 85.5
SERAMA TANPA LAWI
1 003 FAIZ SERAMA SELATAN JOHOR 85.5
2 044 AZHAR KB KOTA BHARU 85.0
3 030 ZUL KAFILLAH KOTA BHARU 85.0
SERAMA MUDA
1 030 Abe Suh KOTA BHARU 77.5
2 039 Zam Serama Desa Aman 
77.5
3 055 POK NIK TOK GAJOH K. BHARU 77.5
SERAMA REMAJA
1 029 NUAR CHE LIJAH TERENGGANU 59.5
2 026 ABE SOH KELANTAN 59.5
3 048 SYUKUR PERLIS PERLIS 59.0
SERAMA INDUK
1 031 BUNUT SUSU (KAPAL API) KB 77.5
2 021 SRI ANUGERAH KOTA BHARU 76.5
3 009 RAJA BAHARIN K. TRG 75.0
SERAMA ANAK B
1 004 BERRI KKSKL BANGI, SELANGOR 62.5
2 032 SERAMA LUNDE KOTA BHARU 61.5
3 002 SERAMA BIRU KUNING PERLIS 61.0
KATEGORI SERAMA ANAK A
1 028 TOK JANGGUT BESUT TERENGGANU 49.0
2 026 ZAILANI BESUT 716 TERENGGANU 48.0
3 036 PAK NAN SEMUT MERAH KELANTAN 47.5
BOTB
SERAMA B - Fakru Serama

SMk

No comments: