Friday 20 October 2017

Ori atau tak ori

Ada kawan-kawan bertanya kepada SMk..
Apa pandangan abg man tentang ayam ori atau bukan ori?



Jawab SMk

1. Hak masing-masing, SMk tidak pernah menghalang kawan SMk main ori atau nak saloon atau tidak ori. Sebab dunia serama tidak besar mana. Alik-alik orang itu juga. Apa yang penting jangan berpecah.. perlu satu hati.

2. Cuma jika perlu modifikasi kepada ayam, buat dirumah jangan dibon secara terbuka. Terutama balung.. jangan tunjuk dimedia sosial dan media arus perdana. Kita banyak group FB tertutup.. post disitu sudah memadai itu pun jika difikirkan perlu.

3. Jika ayam ada masalah rusuk atau apa-apa yang lebih bahaya.. minor surgery perlu dilakukan bagi membantu ayam tersebut sihat berbanding dari terus sakit dan tersiksa.

4. Nak ubah sesuatu yg lazim boleh.. tetapi kene berhemah jangan lawan arus dan provok orang, silap-silap tidak kemana.

5. Sebab kite main serama nak berkawan. Mana ada orang main serama nak main ayam seorang diri? Lain jadinya kalau terjadi bergitu. Sekurang-kurangnya mesti dengan famili atau bersama seorang dua kawan.

Itu jawapan yang SMk berikan kepada si bertanya. Yg penting SMk sentiasa positif demi menaikkan nama serama. Jangan jatuhkan serta pecahbelahkan perpaduan dalam dunia serama. Kita perlu mempertahankan Ayam Serama sebagai sebuah industri dan itu sentiasa perkara pokok dan keutamaan. SMk akan lebih kepada arah positif untuk dunia serama. Serama Mania.

SMk

No comments: