Tuesday 31 October 2017

Pameran Ayam Serama di Garage Sale Satok


Pada 28 dan 29 Oktober 2017, SMk telah terlibat dengan pihak Ranting Muda Hashim Satok dalam menjayakan aktiviti mereka iaitu Garage Sale Satok, Kuching. SMk telah membuka booth pameran Ayam Serama ditapak yang telah disediakan oleh mereka.

Sepanjang pameran, SMK dibantu rapat oleh Aman Apm dan beberapa ahli PKKASK seperti Malek, Sapari, Mely, Cikgu Shharin dan saudara Akub.

Pada hari pertama kunjungan dari warga setempat amat mengalakkan dengan segala macam pertanyaan, tidak kurang juga yang mengambil peluang ini untuk bergambar dan berselfie dengan ayam serama yang terkecil di dunia ini.


Disini juga SMk mendapati ramai kanak-kanak sangat suka dengan serama dan turut mempengaruhi ibu bapa mereka untuk turut berkunjung ke booth pameran ayam serama. Ianya telah mengalakkan kedatangan sekali gus menjadi wardah rekreasi yang sangat bermanfaat bersama keluarga mereka.

Pada hari kedua SMk didatangi oleh kebanyakkan pengunjung dari hari pertama yang lebih berminat dan ada yang mula membeli ayam serama yang telah SMk sediakan bagi jualan. Impak pameran ini sangat besar kerana SMk boleh mendekati masyarakat secara rapat dan memberi pendedahan mengenai serama secara langsung.

SMk sangat berpuashati dengan hasil yang diperolehi dan jika ada lagi peluang selepas ini, pastinya SMk akan melakukan sesuatu yang lebih menarik lagi.

SMk

No comments: