Monday 2 October 2017

Pertandingan Ayam Serama Piala YB Alwa bin Idris di Pesta Simunjan


Sekitar kunjungan YB Alwa bin Idris ke Pertandingan Ayam Serama di Pesta Simunjan pada 1 Oktober 2017. 


Dikesempatan tersebut juga, SMk berpeluang memberi sedikit Informasi Asas mengenai serama kepada YB Alwa. Beliau nampak sungguh berminat dengan sukan rakyat tersebut, bagi SMk ianya merupakan satu titik positif kepada hubungan pemimpin dan rakyat yang mesra.


Syukur Alhamdulillah juga FireCroc dan King650 yang dibawa Aman Apm adik SMk telah mendapat tempat kedua dan Johan bagi kategori Remaja/Muda pada hari tersebut dengan mata bagi Gaya tertinggi dan sungguh puas hati melihat gayanya semasa di Meja Pengadilan bagi kategori tersebut.


FireCrock juga layak menyertai acara BOTB kerana menjuarai kategori Remaja/Muda namun terpaksa mengalah dengan ayam lawan yang lebih matang dan berumur iaitu ayam Juara dari kategori ATL pada hari tersebut. Ayam ATL memperoleh 2 undi manakala FireCrock cuma memperolehi satu undi. Tetapi SMk masih optunis kerana FireCrock masih muda dan mempunyai peluang yang lebih banyak di Bon akan datang nanti.


Latihan Malam sebelum FireCrock menjejaki kakinya ke Bon baut pertama kali iaitu di Bon Simunjan. 


King650 pada malam sebelum game. Sebenarnya King650 masih belum sihat sepenuhnya selepas diserang puru namun semakin baik. Semoga selepas menjalani rawatan yang intensif dirumah SMk King650 akan sembuh sepenuhnya. Amin.

SMk

No comments: