Showing posts with label breeding serama. Show all posts
Showing posts with label breeding serama. Show all posts

Sunday, 9 August 2020

Sahabat SMk Nak Tumpang Breed

 SMk telah menyediakan 2 bilik breeding untuk ayam betina dari sahabat SMk yang berhasrat hendak meninggalkan induknya agar di pairkan dengan salah satu pembaka SMk. SMk telah berjanji dengannya agar menghantarkan betina tersebut pada hari ini iaitu ahad (selepas Hari Raya Haji). 

Apa yang penting SMk dah siapkan, jadi atau tidak itu terpulanglah kepada sahabat Smk itu sendiri. Ini kerana sekarang SMk sendiri memang memberi penumpuan untuk breeding ayam serama berbanding melatih ayam game. 

Kita just wait and see latter. Hope, everthing will  be allright. 

SMk

Saturday, 25 July 2020

Bagi mandi Induk Muda


SMk bagi mandi induk muda dulu hari ini, sebagai persiapan kerana esok semua betina ini akan dimasukkan ke reban breeding bagi pusingan yang pertama bagi batch ini. Apa bila masuk induk-induk muda untuk program breeding bermakna SMk perlu melebihkan masa direban bagi memantau keadaan induk-induk ini. 

Ini adalah kerana, menjadi perkara biasa bagi induk pusingan pertama untuk bertelur bersepah, lambat mengeram dan sebagainya. Jika ada yang bertelur dengan baik ditempat bekas mengeram, induk tersebut SMk akan tanda kerana SMk boleh membiarkannya secara berdikari kerana kebolehannya. Manakala yang masih belum pandai akan dipantau agar boleh menjadi induk reban yang baik. 

SMk

Sunday, 30 September 2018

Breeding Process


SMk sering ditanya berkenaan cara breeding dan tapisan. Hari ini pun soalan ini berulang kembali. Bagi menjawab soalan ini, pembiak serama perlu berfikiran positif. Ini amat penting. Jangan sentap.

1. Baka - mestilah baka terkini yang memiliki tubuh atau bentuk badan berbentuk Jantung Pisang dan bukan lagi Apple.

Jantung Pisang

Apple

Perlu perhatian, ada apple yang dikacok telah mengurangkan tubuh applenya tetapi masih dikira bentuk apple (perlu disedari peminat)

2. Pembaka jantan sebaiknya ayam yang terbaik yang boleh dimiliki atau yang termampu dimiliki yang mempunyai susur galur kejuaraan dibon. Ini kerana jika ayam ini pernah juara dibon bermakna ayam ini memiliki tubuh yang cantik berdasarkan pengadil, bukan berdasarkan pandangan peribadi seseorang dan pastinya ayam tersebut memiliki peratusan gaya yang tinggi.

3. Induk mestilah sama bloodline dengan pejantan bagi memudahkan proses mendapatkan anak-anak reban yang positif.

4, Hasil yang diperoleh ini perlu dipilih bagi meneruskan proses breeding dan juga untuk proses upgrade. Ciri tapisan ialah bentuk tubuh, tulang, kedudukan rangka, bentuk kepala dan balung, warna, bentuk kaki (pendek atau tinggi/kurus atau gemuk), bentuk dan kedudukan ekor dan sebagainya. 

5. Sebab itu ayam game bebas jarum amat mahal harganya. Bukan kewujudannya tiada, tetapi ada. Tetapi oleh kerana selalunya tawaran harga agak murah maka lebih baik ayam bergini dikekalkan direban bagi mengantikan pembaka yang ada suatu masa nanti. Reban SMk juga banyak memiliki ayam sebegini yang sebaiknya disimpan sahaja untuk breeding. 

6. Ilmu tapisan perlu ada untuk berjaya sebagai breeder, jika tidak anda akan tercari-cari walaupun berpuluh tahun memelihara serama. 

SMk

Sunday, 16 April 2017

Sorotan Seminggu reban Serama SMk


Tumpuan projek SMk seterusnya adalah kepada ayam serama yang SMk perolehi dari reban Pok Syed dan Reban Meng KB. Maklumat terkini yang diperolehi, sebanyak 4 pembaka tengah rancak breeding dengan menghasilkan telur dan ada dua ekor induk telah mulai masuk mengeram. Pastinya hasil untuk dua line ini antara yang ditunggu-tunggu oleh SMk sendiri. Jika ada yang menetas nanti, SMk akan update perkembangan terkininya dari masa ke semasa.


Ini adalah anak FireSpring12 dan Fire 3.0 yang SMk ada update sebelum ini. Ada bunyi seolah-olah ada yang hendak merisik anak-anak ini tetapi suka SMk ulangi, ayam-ayam ini tidak dijual kerana bakal dimasukkan kedalam senarai breeding bagi reban SMk di kampung. Tidak semua breeder adalah penjual. Oleh itu SMk lebih berminat untuk memeliharanya buat masa ini. 


Sebenarnya dara ini ada 5 adik beradik yang SMk ambil dari sahabat SMk iaitu Rizal Fahamee  dari Cenderawasih, Kuantan. Semasa SMk ambil dari reban beliau, anak-anak ini adalah anak A. Sungguh cepat masa berlalu, dah besar tina ini sekarang. 

Seekor daripada tina ini telah dimabil dan dimasukkan dengan pejantan Muda (anak FireSpring12). Kemungkinan dalam tempoh 2 atau 3 minggu akan datang kita akan mendapat info mengenai hasil projek breeding tersebut.

Tina dari Rizal Fahamee ini adalah ayam hasil reban beliau dimana mempunyai dara Kay Lempeng. Semoga lebih banyak hasilnya nanti yang SMk boleh lihat dan kongsi bersama kawan-kawan apabila hasil breed menjadi nanti.

SMk