Showing posts with label Panglima Purut. Show all posts
Showing posts with label Panglima Purut. Show all posts

Sunday, 30 September 2018

Lawatan sahabat serama


Pada sebelah petang tadi SMk telah dikunjungi oleh sahabat SMk iaitu Junai, En Ibi, Yaakub dan Arziz. Tujuan kedatangan adalah memohon bantuan untuk merawat ayam dan sembang-sembang petang, sambil berkongsi tips pembiakan. Alhamdulillah, sebanyak lima ekor ayam telah dirawat dan diusahakan untuk pengubahsuaian mana yang perlu. 

SMk juga telah melepaskan seekor betina Dara dari bloodline Fire kepada sahabat berkenaan, semoga bermanfaat buat beliau. Manakala En Ibi telah menyerahkan seekor induk Fire 2.0 kepada SMk bagi tujuan pemulihan (masalah makan telur) dan akan diteruskan untuk proses pembiakan.

Bagi Induk tersebut, esok SMk akan melihat induk tersebut secara komprehensif dimana akan dipantau selera makan minumnya. Sisa dalam bekas makanan juga perlu diperhatikan secara kerap bagi melihat induk tersebut cenderung kearah makan makanan jenis mana. Suppliment tambahan seperti madu dan tulang sotong akan diberikan secara berkala jika telah didiagnose penyakit sebenar induk tersebut. Apa yang penting, janganlah induk tersebut pernah diberi pil kalsium. Ini kerana pemberian pil kalsium secara tidak terkawal akan merosakkan sistem peranakan dan kesuburan induk serama.

SMk akan update mengenai induk tersebut secara dekat dan pemantauan akan diupdate setiap minggu. Esok pasangan kepada induk tersebut akan mula ditempatkan ditempat breeding bagi persiapan. Pembaka yang akan dipadankan dengan Induk tersebut ialah dari anak Panglima Purut yang mempunyai tubuh sebatang. 

SMk

Thursday, 4 January 2018

Ayam Muda



Ayam Muda seekor ini agak lambat siap terutama bahagian ekornya. Ayam ini diberi nama Panglima Purut. Ayam ini mempunyai potensi untuk bon kerana memiliki perangai atau watak jahat. Jika tiba masanya juga nanti, ayam sebegini tidak akan menjadi masalah jika perlu untuk dijadikan sebagai pembaka reban.

Ayam ini SMk bawakan khas dari reban Hilmi Alwi dari terengganu bersama-sama beberapa ekor ayam lagi juga dari reban yang sama untuk tujuan breeding.

SMk