Showing posts with label offer merdeka. Show all posts
Showing posts with label offer merdeka. Show all posts

Friday, 2 September 2016

Offer Merdeka TAMAT


Offer untuk memberi ayam serama secara percuma sepanjang bulan Ogos telah tamat. Hanya 2 ekor saja yang telah diberikan kepada peminat yang memberi maklumbalas kepada Offer kali ini. Oleh itu ayam yang selebihnya akan SMk hantar ke kedai Petshop sebagai langkah mengurangkan anak reban. Walaupun ayam-ayam ini memiliki darah yang baik, tetapi kerana perlu menyediakan ruang bagi kemasukkan anak-anak A yang semakin membesar maka langkah ini harus dilakukan. Semoga dipermudahkan Allah. Amin.

SMk

Saturday, 20 August 2016

Pembaca Kedua Offer Merdeka


Tahniah untuk pembaca Blog Serama Malaysia ku, saudara Fuad dari Temerloh. Semoga ayam yang dipilih berjasa direban saudara. Terima kasih kerana menyertai Offer yang SMk jalankan sepanjang bulan Merdeka ini. 

SMk

Tuesday, 16 August 2016

Pembaca Pertama Offer Merdeka


Terima kasih kepada saudara Azrol Beserah kerana hadir menyahut Offer Merdeka dari Blog Serama Malaysia Ku. Semoga ayam yang telah dipilih serasi dengan tuan barunya. Semoga dunia Seramamania terus meriah. 

SMk